Thursday, February 16, 2012

Buttered Prawn



Hari tu tak tau nak masak apa utk budak budak ni ..so saya masaklah ini...taraaaa...... senang dan mudah...budak budak ni pun suka.....ammar cuma cakap dang dang dang jerrr...

Mak tak buat lerr yg ada floss tu sebab malas mengatasi segala galanya...so buat macam ni jerlah ..lagipun dia basah basah skit...yg floss tu kering sangat. nak buat senang jer camni.....


Bahan Bahan

Udang saiz sederhana

Putik Jagung

Tepung jagung

Telur sebiji

Mentega

Daun kari

Cili

Gula dah Garam

Bawang Merah

Bawang Putih (cincang)

lada putih


Goreng udang yg disalut dengan tepun jagung hingga garing. Ketepikan. Lepas tu goreng bawang merah dan putih , daun kari , lada putih, cili, bersama mentega. Dah garing masukkan putik jagung dan telur . Kacau sementara dah masukkan udang yg dah di goreng . Siappp...

No comments: