Tuesday, August 24, 2010

Antu?

Ha ha ha entry ni pasal alya akamak bedah tu. Malam tadi dia boleh bangun pukul 3.30 menangis nangis nak tgk tv.... Aku buat tak layan jer sbb ngantuk beb. Aku suh dia tido balik tak nak aku tido jerlah . Agaknya daddy dia bingit dia menangis daddy dia pun bawaklah keluar tgk tv.

Fuhh lega aku tak yah teman dia kat luar. masa tu awal lagi kul 3.30... tapi dia tak tido sampai kitorang bangun sahur , mummy dia ni siap masak lagi tuk sahur. dia masih lagi tak tido tido . Lepas dah habis makan tu aku pun tinjau lah tgk dua beranak ni apa lah yg best sangat tv ni? daddy dia pun makan depan tv gak... dah la aku masak sorang makan pun sorang gak? lepas ni masak sendiri amir!!!! he he he
Nak tau diorang tgk citer apa? CHUCKY!!!! Alya pun concentrate sama tu . citer tu dah la seram. Daddy dia siap cakap budak budak tak leh tgk citer ni nanti ngigau... abis tu budak alya tu tgk kenapa?

Aku pun buat tak tau terus masuk tido hehheh.. Lagipun dah tgk dah chucky jahat tu. Pagi tadi pulak masa tengah gosok baju nak gi kerja tetiba jer mak bedah tu bangun menangis nangis ala gelabah cari daddy dia. Dia tak nampak mummy dia kat bilik tengah gosok baju. Mummy dia panggil jer dia pun terus masuk bilik tengah terus nangis giler giler.

MummY: Bee sini bee mummy kat sini. Ada apa ni nangis nangis/
Alya : takut huhu hu hu
Mummy: Ler takut apa mummy kan ada. Meh sini lie down.
Alya: Tak nak takut.... huhu hu hu
Mummy: Yer ler takut apa?
Alya : Antu... (time ni aku nak gelak dah)
Mummy : antu kat mana?
Alya: Kat situ (tunjuk kat luar)
Mummy: ok takper nanti mummy puk dia, takpun suh daddy puk dia okeh?
ALya: Ha (tapi masih nangis lagi ni)
Sebetulnya aku nak tergelak pun ada. Ni first time dia kata ada hantu. Kitornag mmg tak pernah takutkan dia ngan hantu hantu ni sebut pun tak pernah. Ni mesti pengaruh citer chucky tu tgk ngan daddy dia.

Aku pun apalagi terus ler saiko dia. Ha tulah lain kali jgn tgk tv kat luar sorang sorang tau..... Nanti hantu datang hehehhheh. Terus dis menangis sbb tak dapat tgk tv dah malam malam buta.

Monday, August 23, 2010

Minggu ni kitorang balik kampung.
Bertolak dari KL lepas buka tapi tak makan pun sbb plan nak makan kat luar..
Plan nak makan ikan bakar kat umbai
Sampai umbai dah dekat kul 10 kitorang pun pulun ler makan . Gambar tak ada yer aku ngan pegang si ammar ni makan ler sempat nak snap snap nyer. AKu ngap jerlah....

Rupa-rupanya tempat tu tutup cepat bulan posa ni. Nasib baik ler kitorang cepat skit kalau tak makan ler kat highway yg tak sedap tu!!! Aku ni skang makan nak sedap jer patut ler pun badan ni gemuks skit dah... On the way balik tu amir konon ikut la cakap orang tak nak masuk highway terus nak lalu jalan ke Muar diorang kata tak jauh terus keluar muar ke apa ntah punya exit. Aku tak kisah ler yg penting jalan perus dah kenyang ni rasa nak tido ada. Korang tau? Aku rasa dia salah jalan ikut jalan jauh.... Ikut mana? Estete kelapa sawit!!!?????? Jalan dah la tak ada kereta tapi jalan cantik la aku tetiba jer terbangun dari tido tgk gelap kiri kanan kelapa sawit aku terus jer pejam mata. Tau dah daddy tu dah gabra berlipat lipat dah kereta tu .... Mau taknya buatnya ada orang jalan ke apa ke? AKu hantu takper aku tak takut hehehehe.... Kalau masa zaman uitm dulu korang wei macam jalan dalam yg kita lalu keluar maran tu... Tapi yg tu pokok getah kan? Ha yg ni kepala sawit. AKu masa zaman zaman dulu pun suka gak cari penyakit ngna eli, lambak, liza, mona( ko ada tak join mona aku tak ingat lak hehhehe jangan marah ha) Nasib baik last last jumpa gak exit ke highway.... Fuhhhh..,.. Ha tulah lain kali kalau tak tau baik tak yah cari penyakit okeh? hurrrgaahhhh

Sampai JB pukul 2 pagi. Ngantuk. Plan nak singgah ke Singgah Selalu pun tak jadi. Nak makan aper sahur kang? Umah tu dah la tinggal dekat 2 bulan harus ler kitorang sahur air kosong....

Besoknya tak tau nak pegi mana ingat nak pegi jusco yg dekat tebrau tu katanya besar. Tapi tak tau jalan... Area tebrau tu aku taulah tapi kat mana ha? Aku ni jalan jalan kat jb langsung dah out. Nampak nya lepas ni aku kena tanya mona kot>>>> dia dah jadi expert dah kat jb ni. last last pegi kip mart beli barang buat mee kari. AKu jugak yg kena. Tensi ni mak..... Tapi nasib baik mee kari aku kaw diraong siap makan ber repeat repeat lagi. Tu jerlah utk buka posa hari tu sbb lepas buka nak gi danga bay and makan lagi kat luar.

Malam tu pegi danga bay tapi sungguh hampa.Damn. Ingat nak bawak alya naik fsemua semua tu tapi semua byk utk budak besar... Yg dapt naik cuma train , ferris wheel yg ciput , ngan cawan besar pusing tahap gaban tu ... yg tu jer lepas tu balik singgah kat dataran makan kat medan steamboat tapi cam tak berapa kaw la... Kuah dia tu hampeh skit.... Baik aku gi makan kat zz ke fuhhh dah terbayang mee rebus tulang dia slurrrppp...huwaaa rugi si gemuk ni tak dapat melahap hehehhehe
My SIL kata ada port baru nasi lemak kat senibong .. area tu tepi laut kat permas ke ntah aku pun tak tau.. Mona>>>>>>>> leh bawak aku tak nanti ? hehehheheheh

. Oh ya sebelum balik alya sempat main pool ngna cousin cousin dia lepas tu masuk keter je pengsan sampai KL. Hheheheh mmg aku suka dia tido jer tak kacau. Motip aku ler tu suh dia mandi lama lama heheheh.

lagi satu ammar almost six month dah. Minggu ni dia boleh la makan. Mummy dia punya excited siap beli dah container utk isi makanan dia . Beli yg avent siap ada 24 pcs.... semangat jer mummy ko ni ammar. Buat ke tak belakang kira. Sayur sayur organik pun dah beli, tinggal beli beras organik jer. Hebat ko ammar kakak dulu makan organik jer takde bekas bekas avent ni.. kakak ko dulu pakai tupperware je... kalau ko tak makan!>>>> siap ko ammar....

Friday, August 20, 2010

Nak makan apa hari ni ek? Rasa dah bosan dah dgn makanan semua. Posa tahun ni belum sekali pun berbuka kat luar. Sebab dia??? aku kesian kat anak anak aku kalau aku inggalkan jadi anak terbiar kang dua dua si era tu.

Tapi nak masak pun dah habis idea. Semua habis aku masak dah kari? kurma? sambal? kicap? masak lemak semua aku dah settle..... ikan , ayam , udang, sotong semua dah beb abis tu apa aku nak makan hari ni? Hari ni pulak nak balik JB hantar nenek budak berdua ni. Dah la tu time time ni jugak la tayar keter tu botak. Kenalah pulak tukar tayarrr!!! terbang dah duit seribu setengah ingat boleh la aku amik duit pi jolly sakan hehehheheh!!!

Semalam sbb tak tau nak masak apa last last kitorang bungkus kat pelita jer. Senang cerita tak payah mak susah susah mak dowwww... Balik rumah humban semua dalam pinggan ha ha ha . Wei korang jangan kata aku malas ok aku masak hari hari dalam bulan posa ni hari hari without fail tau kecuali semalam la...... Ingat senang ke balik rumah terus jer tgk dapur buat rempah tu rempah ni terus masak. Tu belum kita era kecik tu nangis nak susulah , era besar tu nak makan tu lah nak makan nilah, sampai mandi pun kekadang dekat kul 9 ..... huiyooooo

Harini aku tak nak masak jugak. Penat. nanti nak kemas lagi sebelum balik jb. AKu dah resesrve tempat kat Q-Thai utk stemboat dia yg yummy tu. Tunggu pak amir punnya approval jerrrr.... hehehheh

Thursday, August 19, 2010

AnAk Sapa Ni?!!!



Seperti biasa dia bongkar beg mummy dia, amik beg kosmetik tu , pulun semua barang dalam tu...

Hangin lah aku ni.... Malam tadi punya kejadin baru jer lepas abis berbuka nenek ngan daddy dia tgh solat dia duk sorang kat living hall tu ...Patutlah dia senyap rupanya main lipstick haku..
Mummy dia pulak tak leh la nak marah kan .... sebab dia girl aku amik jer terus simpan. Ni kali ke dua dah. Jahanam lipstick haku. Camni nak pakai set mahal estee la diorla bagai? Kim Salam... So siapa siapa ada anak pompuan tu korang get ready jer la ek?

Hari ni pulak punya cerita lagi best. Hari ni dia duduk ngan wan dia sbb nenek nak potong baju raya dia ngan adik. TEtiba dapat sms dari daddy dia mak bedah ni buat hal. Ada ke dia masuk bilik air konon nak mandi sendiri tapi korang tau apa dia buat? Die berak atas lantai tu!!!!!... Cakap lah nak berak kitorang bagi ler dia duduk kat toilet bowl tu . Ni main diam diam jer tetiba terus cakap dah berak. Mesti dia diam diam bukak pampers berak kat situ. AKu tak dapat bygkanlah macam mana hangin wan dia kena kutip tuuuuTTTTTT.... tu ha ha ha.
MMg bikin panas alya humaira ni.....

Monday, August 16, 2010

Serupa Ke?



Ni gambar adik dengan kakak. Ade ke mak long diorang ni kata muka diorang ni sama? Bila tgk tgk balik adalah sama skit kot. Dah nama pun datang dari acuan yg sama hehehe. Tapi mmglah kot diorang berdua ni mmg sama yg lain skit mungkin adik twin diorang ni.*Sad* Cuba tgk sendirilah..

Monday, August 09, 2010

Letter To Alya Humaira

Dear Alya Humairah (Mummy & Daddy Precious) ,

Tiba-tiba mummy nak buat dedicated lah pulak utk kamu alya
Hopefully nanti bila dah besar u can read this:

Alya Humaira, ANak sayang mummy & daddy
Mummy tulis ni sbb teringat kat kamu tetiba
nak tau kenapa? sebab kamu buat hal semalam
Semalam masa makan kamu tumpahkan air tembikar tu atas seluar
Naik atas meja makan tu, nasib baik kedai tu tak ramai orang
kalau tak mesti orang semua rasa kamu ni nakal.
masa makan pulak kamu tak nak duduk. takperler lepas ni kalau gi makan kamu tak payah pakai kerusi ok? berdiri jer sambil makan.
Lepas tu pergi ampang point kamu tak nak duk diam jugak.
Mummy & daddy nak beli bouncer adik kamu lari sana sini
Mummy bukan apa takut kamu hilang jer. Menanngis tak berlagu ler orang tua kamu ni.
Dalam kedai kamu kutip semua barang masuk bakul. Nasib baik ler brother cina tu tak marah. Dia tau kot kamu ni tukang kemas. Boleh?
Mummy nak beli baju utk kamu tapi kamu tak mau try. Mummy ambik jer baju tu kalau besar tak tau yer pakai lah baju tu macam pakai guni. Jgn salahkan mummy ok.
Satu hal lagi kamu merangkak kat dalam kedai tu siap bergaya gaya. Ada kuak lentang , ada style katak. Munking kamu ingat lantai kat ampang point tu bersih macam rumah kita kot?1!!!!!
Disebab kan kamu daddy naik angin terus balik lepas beli barang
Tu belum kira lagi masa hari sabtu kita masuk butik guess kamu kitai semua baju guess dalam kedai tu. TErus mummy & daddy keluar dari kedai tu.
Kalau mummy nak cerita panjang lagi ni alya humaira
Ni pun cukuplah kalau byk sangat nanti kalau kamu terbaca muntah pulak
Apapun mummy daddy sayang kat kamu
Kadang kadang kamu ni kelakar jugak walaupun tak duduk diam!
mungkin masa ddalam perut mummy tak berenti jalan so jadilah kamu macam ni
Apapun we still love you
Sebab kalau tak ada kamu mesti mummy & daddy takder ler terjerit jerit
Senaman tu kot.

Thursday, August 05, 2010

Birthday Atuk KL

Ni update birthday atuk Kl lak Seperti biasa sapa yg sebuk? mestilah anak anak kan..... ALya sibuk nak tiup lilin. Makannya tidak heboh ngan lilin. Ko makan lilin ajerlah yer anak. Nak tak? Ammar pulak muka heran jer pe benda lah diorang ni bising bising dok nyanyi nyanyi pastu ada api lak. Ko besar nanti taulah ammar tu ler activiti kitorang sepanjang tahun . Tak abis abis ngna besday ?!! Lepas org ni org ni, lepas tu org tu lagi, yg paling tensinya lepas hadiah hadiah lagi hadiah lagi. Boleh ? Masuk 10 tahun bengkrap den hehehheh
video

Tuesday, August 03, 2010

Small Cameron Highland?


Adik tido tak ambik tau dia....



Ada ke?
Ada ler aku yg bagi namanya
Ceritanya weekend lepas ler tak tau nak kemana
Tetiba daddy alya humaira tu terus jer jalan ke genting ingat kan naik naik genting
Sampai kat round about ke cable car tu tetiba jer nampak banner self-pic strawberry
Apalagi cam Alonso ler pak amir tu pusing. Tgk tgk rupanya ada ladang strawberry ngan tempat main game kat area tuh..
Tapi genting nyer theme park takleh ler challenge.

Kitoran 4 beranak ni pun masuk ler situ
Mula mula petik strawberry alya ler sibuk
Lepas tu makan kat cafe dia. Lepas tu kedai souvenir .
Tgk dari luar kecik jer tapi bila masuk dah pusing pusing boleh tahan gak .
Tapi dia baru nak beroperasi daaaa
Yg betul betul leh di exploitasikan cuma ladang strawberry jer.
Yg lain nya ladang mushroom baru nak bercambah, ladang sayur baru jer ciput, tapi ada ler sayur sayur diorang jual yg di import dari cameron.
Cuma tak ler semeriah cameron. macam macam ler jugak dia jual
Tapi seperti biasa nak jalan tetap tak tenang sbb mak bedah tu nak masuk semua kedai. Ada ke dia nak beli payung? Tak payah ok!!!

So dapatlah beli stoberi, madu ngna souvenir. Ladang ni sama cam yg ada kat cameron tu Kea Farm ngan kedai jual teh yg bermacam macam kat perasa kat cameron tu.

Lepas tu bawak alya gi fun park yg tak seberapa and balik ker KL.