Monday, September 24, 2007

Exhausted......

Hari ni rasanya sungguh penat. Disebabkan oleh weekend yg langsung tak rehat . Macam macam aktivity , pegi tgk keretalah, pegi shopping lah . Semalam hubby and I went to Jaya Jusco utk beli Periuk nasi but suddenly he's willing to buy me an oven as well yuhuuuuu. Dapatlah periuk nasi yg canggih berbeza dgn sebelum ni . Sungguh puas hati. Kenalah buatkan cookies raya utk dia Biskut Cornflakes he he he. Penatnya lepas tu balik terus buat karipap yg sudah berapa minggu lepas di sebut sebut. Sayang punya pasal buat jugalah walaupun penat. Dia kata my karipap is soo delicious he will only eat the one that i make. he he (but its true). Akibatnya hari ni saya sakit kaki, mungkin juga badan dah berat sbb baby yg kat dalam ni dah semakin besar. Hari ni pagi pagi on the way pegi keje lagi terpaksalah merengek kat hubby ckp penatlah itulah inilah. Then dia pun cakap" oklah hari ni tak payah masak kita makan luar", he he heh itu le yg aku tunggu tunggu.

Hari ni jug i received e-mail from adik in US. She fine with amir kecik yg dah pegi preschool. Tak tauler amir yg berumur 4 thn tu dah pandai speaking ke belum. kalau tak dia jadi ayam ngan itik ler ngan kawan kawan kat sana. So we lack one of family member's this hari raya. Hmmmm.....

Disebabkan dah ada oven i want to try to make my own biskut hari raya and cake too kalau sempat he he. Dulu teringat buat biskut coklat ngan eli tapi jadi keras batu ehheeheh. Skang ni nak try buat yg sedap dan gebu . Kalau lebih boleh la bagi mak sikit. Pastu berangan jugak nak buat kuih ros . he he he

Wednesday, September 19, 2007

Ramadhan

Ramadan tiba lagi. This is the first year ramadhan as a wife and pregnant some more. Tapi penat skit la posa tahun ni sbb kena masak everyday. Hubby tak suka makan luar. Kalau dulu masa bujang tiap tiap hari beli jer pastu makan ngan eli. Pastu pegi terawikh. SKang ni terawikh pun tak sempat. Huwaaaaa........ Tapi raya ni mestilah lah best kan sebab beraya ngan husband. Something new. Kalau dulu masa bujang every raya mestilah aku kan yg tolong mak masak ni dah kawin tak tau ler mak raya tahun ni sapa yg tolong. Adik pun tak ada dah pegi US.