Wednesday, September 29, 2010

Saya malas...@#$

Mood tak ada nak update......
Cerita byk tapi sungguh lah i'm not in the mood to update even though for Hari Raya punya cerita ke apa ke. Mungkin jugak tak sihat kot raya tahun ni sangatlah penat so balik jer KL terus demam tak hilang hilang lagi selsema sampai la skang ni... Nak buat keje pun tak ada mood. Nak upload gambar pun malam walaupun pakai bluetooth ajer. Kenapa la pulak..... Tgk jer lah gambar gambar ni. Tapi kan sebetulnya aku ni nak upload gambar pun cam tak ader mood jer sbb bila upload gambar dia jadi macam html punya language ke script apa ntah. Jadinya aku tak boleh label gambar tu cuma boleh upload and publish jer. tension mak. Ada sesiapa leh explain ke camner leh jadi camtu. Dah la aku ni tak berapa nak expert bab bab IT ni. nama jer keje company IT hehehhhe....







tak taulah gambar mana satu ni. Gambar alya humaira tu dia merajuk tak nak amik gambar ... geram aku... lepas tu gambar ammar ngan mummy and daddy jer ada anak aku lagi satu ntah mana hilang. Sedikit gemuk di situ so takderlah aku upload byk byk. Tunggu mak kurus cam bujang dulu yer auwwwwww... Tapi gambar tu semua yg saya berbaju merah adalah gambar sebelum kejadian. Tau tak baju raya tu terbakar!!!!! ..... kena puntung rokok. Aduh terus mood mak lari hari tu . Dahla mahal beli tetiba pakai pagi raya jer terus kena rokok nak menangis aku. Dahla masa tu tengah pose pose vogue masak kuah lontong pakai baju raya. Huwaaaaaa.....

Raya ni pulak raya kedah dulu dahla raya ke-3 nak balik jb jalan jem macam hapa. Bertolak pukul 2 ptg sampai JB kul 4 pagi korang tau tak!!!! rasa cam zombie kitorang duk dalam keter tu .... ammar pulak siap demam lagi esoknya lama sangat duk dalam air cond.....lepas tu kisah berenti kat hentian yg gelap dan spooky macam ada han.... ishhhh raya ni mmg macam macam hal. Malas aku nak citer jer kang tak habis habis....

Wednesday, September 01, 2010

Mari Buat Biskut

Wah semenjak dua menjak ni rajin lak aku hapdet yer....
Sejak laptop baru ni boleh send gambar bluetooth jer jakunlah mak... kalau tak dulu nak kena masuk keluar memory card tu yg maleh tu..

Cuti 4 hari lepas mak buat kuih raya dgn muffin .... auwwww cam best jer dengar
Dah tu amir sibuk duk perli perli aku brg kuih dah 2 kali raya beli tapi kuih tak nampak pun? Semak jer aku dengar aku pun menggigih kan diri buat ler biskut cornflakes sabtu tu. Dengan ammar yg duk menangis nangis tu boleh pulak aku buat.
Dapatlah buat 1 balang setengah... tu pun percubaan yer takut skill dah lari sbb dah 2 tahun tak buat hehehee.

Lepas tu semalam sempat jugak buat muffin...yerlah dia punya mix tu kesian aku tgk dalam cabinet tu.... last last aku amik dia campak semua bakar. Siap buat frosting lagi tu hehehheeh. Kacang jer tapi kena improve lagilah frosting tak berapa nak keras.