Tuesday, August 24, 2010

Antu?

Ha ha ha entry ni pasal alya akamak bedah tu. Malam tadi dia boleh bangun pukul 3.30 menangis nangis nak tgk tv.... Aku buat tak layan jer sbb ngantuk beb. Aku suh dia tido balik tak nak aku tido jerlah . Agaknya daddy dia bingit dia menangis daddy dia pun bawaklah keluar tgk tv.

Fuhh lega aku tak yah teman dia kat luar. masa tu awal lagi kul 3.30... tapi dia tak tido sampai kitorang bangun sahur , mummy dia ni siap masak lagi tuk sahur. dia masih lagi tak tido tido . Lepas dah habis makan tu aku pun tinjau lah tgk dua beranak ni apa lah yg best sangat tv ni? daddy dia pun makan depan tv gak... dah la aku masak sorang makan pun sorang gak? lepas ni masak sendiri amir!!!! he he he
Nak tau diorang tgk citer apa? CHUCKY!!!! Alya pun concentrate sama tu . citer tu dah la seram. Daddy dia siap cakap budak budak tak leh tgk citer ni nanti ngigau... abis tu budak alya tu tgk kenapa?

Aku pun buat tak tau terus masuk tido hehheh.. Lagipun dah tgk dah chucky jahat tu. Pagi tadi pulak masa tengah gosok baju nak gi kerja tetiba jer mak bedah tu bangun menangis nangis ala gelabah cari daddy dia. Dia tak nampak mummy dia kat bilik tengah gosok baju. Mummy dia panggil jer dia pun terus masuk bilik tengah terus nangis giler giler.

MummY: Bee sini bee mummy kat sini. Ada apa ni nangis nangis/
Alya : takut huhu hu hu
Mummy: Ler takut apa mummy kan ada. Meh sini lie down.
Alya: Tak nak takut.... huhu hu hu
Mummy: Yer ler takut apa?
Alya : Antu... (time ni aku nak gelak dah)
Mummy : antu kat mana?
Alya: Kat situ (tunjuk kat luar)
Mummy: ok takper nanti mummy puk dia, takpun suh daddy puk dia okeh?
ALya: Ha (tapi masih nangis lagi ni)
Sebetulnya aku nak tergelak pun ada. Ni first time dia kata ada hantu. Kitornag mmg tak pernah takutkan dia ngan hantu hantu ni sebut pun tak pernah. Ni mesti pengaruh citer chucky tu tgk ngan daddy dia.

Aku pun apalagi terus ler saiko dia. Ha tulah lain kali jgn tgk tv kat luar sorang sorang tau..... Nanti hantu datang hehehhheh. Terus dis menangis sbb tak dapat tgk tv dah malam malam buta.

2 comments:

l0veyd0veyd00 said...

xbaik wat camtu..nanti bdk tu jd penakut.

Zulkarnain Azman said...

=)