Tuesday, October 05, 2010

Ubat KUAT????



Al-kisahnya ubat ni aku beli sebelum raya lagi. Bukan utk aku yeh utk mak aku. Mak aku tu asal datang rumah jaga si era berdua tu mesti ada komplen. Mak sakit bahulah, mak sakit lutut lah. Biasalah org tua kan.... mesti sakit tu... sakit ni.

AKu pun pikirlah... nak bagi apa kat org tua ni... nak bawak pergi pakar bapak ler mahal just for one injection yg sakit lutut dia tu akan hilang bertahun tahun. Aku dah survey hokeh... so, bila si vivi ni menjual amway, ntah bila pulak minah ni masuk jadi member amway.. aku pun teringat la nak cari ubat utk nenek alya ni. Jumpa la glucosamine ni khas utk org org tua yg sendi sendi dah lemas so ubat ni takbah minyak ler.. ala ala macam minyak hitam tu kalau kat kete ( suka hati jer aku buat sample ...... ingat mak aku robot ke? heheheeh) . Lagi satu aku belikan dia supplement Daily so leh dia makan tiap tiap hari. Skang ni aku tanya dia kata tak rasa apa pa cuma badan takder lah lemah. Tu lah dah tua tua ni kena makan supplement. Harga pun boleh tahan gak... Tapi utk mak aku tersayang pejam mata sama pejam kan poket wallet aku hehehhehe....

So lepas ni nenek tak adalah alasan sakit sakit lagi. Boleh jaga cucu yg dua orang boleh tahan buasnya ni.... yer nenek yer? lepas ni leh la duk rumah alya & ammar lama skit 1 bln ke? 2 bln Ke? heheheh dengar nenek mau menjerit dia....

Chow....

No comments: