Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, July 08, 2010

Jalan Lagi

Ni masa singgah kat cherating picnic makan tak ingat punya. Budak gemuk aka ammar ngan cousin dia.
Ni alya aka mak bedah ngan cousin dia pulak.


Ni Atuk ngan wan naik keter kitorang. Sunglass tu mummy punya ek mak bedah tu perasan jer dia punya......

Ni mummy and ammar dalam keter pun boleh posing lagi . Nasib baik ler aku dah kurus wei....



Ni pool dia. Besar jugak kat tepi pool tu ada pondok pondok jacuzzi jugak.




Ni bahagian depan room dalam pagar tu garden dia. Keluar jer terus boleh gi pool atau beach.






Ni room yg bawah sekali kira masterlah sebab sebelah jer dengan jacuzzi tu.





Kali ni Awana Kijal pulak. Actually dah 2 kali dah pegi awana ni tapi benda free beb sapa tak nak. Room telah di sponsor so apalagi jalanlah. Yg kitorang suka sangat awana ni sbb apa tau bilik dia semua macam bilik hotel biasa tapi yg kitorang dapat ni is a Duplex suite. Wahhh anda dapat bayang kan ituh? Room dia 2 tingkat atas bawah ada bilik , bilik air sahaja ada 4 okeh, tempat masak ada peti ais ada segala bagai ada macam kat rumah. Garden pun ada sebab yg duplex ni mesti paling bawah and tingkat atas dia tingkat dualah. Lagi satu siap ada jakuzzi kat garden tu. Diorang semua baik tua baik muda berlumba lumba nak masuk jakuzzi.

Seperti biasalah kalau gi Ganu kitorang mmg borong ikan kat kemaman. Ikan kat sana besar besar dan murah. Pehhh wan si alya beli ikan punyalah byk sampai penuh satu tong. Lobster kitorang mestilah ada kan tapi kali ni cuma dapat 4 sahaja . AKu rasa abg tu pun tak mau jual byk byk kat kitorang ni >>> rugi beb sbb murah giler dia jual kat kitorang. Sebelum sampai awana sempat singgah cherating wahh tempat nostalgia tu. Cuma aku dan kawaan kawan se itm ku sahaja tau sejarah cherating tu . He he he >grin<. Alya paling suka main ajerlah dia jumpa kawan kawan sebaya dia. Ammar pulak first time nak swimming baru beli swimming trunk tapi baru jer dia nak lepak tepi pool tu ala ala starting berkenalan denga pool dah hujan pulak. Terus naik tak jadi mandi. Ko mandi pool bathtub ajer sudah ammar.....

Tengok gambar jerlah malas lak nak bebel...














No comments: