Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, July 30, 2010

Monday, July 26, 2010

Update Sket******

Hari ni kita citer update lah yer
Tapi paling byk nak di update adalah Alya Humaira!!!!
* Dia dah semakin byk cakap !!!!
* Dah tak sabar sabar nak pegi school
* Sekarang ni tv dah di conquer oleh dia. Hari hari balik jer mesti nak tgk cartoon, geng bas sekolah, belalang etc. Cerita favorite dia yg dulu di bawah ketiak isteri dah tak pandang dah.
* Dah boleh di bawak melawat tempat tempat menarik. Baru jer lepas visit aquaria yeyyy!
* Skang ni hari hari mesti mau tido depan tv dulu macam daddy dia jugak. Lepas tu mummy dia jugak kena kejut 2 beranak tu masuk bilik. 2 kali kejut kalau tak masuk bilik gak aku biar je 2 beranak tido kat living hall tu wahhh ha ha. Dah macam anak terbiar pulak. Biarler dia kan anak daddy. Mummy tido dgn aman bersama ammar hehehhehe.
* Bila keluar rumah mesti nak pakai pitik (lipstick ), comel lah dia tu.
* Dia dah rindu dgn nenek dia sbb dah beberapa bulan tak jumpa asal keluar jer suh amik nenek.
Cerita Ammar Pulak
*Esok dia dah masuk 5 bulan. Cepat kan? Tapi tak pandai lagi meniarap. Sah ler malas budak gemuk ni.
* Dah pandai nak main dah. Tak nak duk dalam cot dah***tension***
* Berat dah 7.5 kg dah

Hoh bab mummy ngan daddy dia pulak . Daddy skang jaga anak besar aka alya humaira. Skang ni mandi ngan daddy, makan ngan daddy , jalan jalan pun dengan daddy. Mummy cuma jaga ammar sajer yo. Mummy rasa sangat comel sbb daddy boleh uruskan alya cuma ammar jer dia tak berani nak pegang sangat. Kalau alya nangis pun daddy yg pujuk mummy tak payah susah susah. Lega sungguh mummy bila alya serakkan rumah daddy yg kemas malam malam buta hehhehe. Lagi satu daddy dah pandai beli diapers ngna susu anak anak tanpa mummy. Barang barang rumah pun sama jugak. SUngguh terharu seh *sob* *sob*. Kalau mummy tak ada boleh lah daddy jaga anak anak yer (cerita sedey la pulak). So walaupun pak amir ngan haku ni tak kaya asal cukup makan pakai sudah. Yg penting bahagia.....

Friday, July 23, 2010

HFM

Arrghhhh tau apa makna atas tu? Penyakit yg di takuti di kalangan kanak kanak
Unfortunately anak haku lak boleh kena? Rasa nak marah pun ada. Masaalahnya sapa yg bawk penyakit tu. ALya tu dah la 24 jam duduk rumah wan dia ajer kawan pun tak de tadika pun tak sah sah ler bukan dia pembawanya. Mula mula dia mengadu lidah dia sakit terus mummy dia ni rasa bersalah takut masa gosokkan gigi dia terkuat gosok lidah dia. Tapi esoknya dia demam panas pulak and Amir pulak cakap sepupu dia yg dah tadika tu pun ada ulcer gak dalam mulut.

Sekali tgk alya punya lidah kat belah bawah tu mmg ada ulcer merah merah. Aduhhh aku dah tak sedap hati dah ni. Dah terpikir dah penyakit tu. Damn. Tapi buat buat tak tau jerlah padahal aku ni musykil gak alya kalau nak demam pun tak pernah sakit mulut dulu. Lepas tu hari sabtu bawak la dia pegi klinik doctor kata mungkin panas kot so mulut dia pecah pecah. Kitorang tanya jugak kat doc tu mungkin HFM ker? Doc kata tak kalau penyakit tu ada gelembung/bintik bintik kat tangan ngan kaki dia. Balik rumah lak father in law call kata ajiq tu dah confirm kena . SHittt!!!!!!!!!. By the way alya ni mmg suka sangat dgn sepupu dia ni yg sorang makan sama minum sama semua nak kongsi okehhhhhh!!!!!!!!@@@@@@
Geram ada gak tak pasal pasal anak aku kena. Lepas tu cepat cepat tgk kaki ngan tangan alya mmg ada bintik kecik satu kat jari lepas tu tapak kaki ada dalam 5 bintik. Ah tak kiralah aku belek anak aku. Geram ni geram!!! Memandangkan aku ni terlebih paranoid terus jer call doc tu. Nasib baik la doc tu mmg dah kenal lama dgn family amir so apa apa mmg refer kat dia jer. 2 kali mak tepon doc tu tanya macam macam boleh jangkit tak kat adik, apa nak buat semua nasib baik dia tak mintak consultation fees hhehehe. MMg ler leh jangkit kat adik sbb dia ni macam chic pox jugak. Nasib baik doc kata dia ada stage stage nyer means from mild to worst. Nasib baik la alya jenis yg mild cuma demam jer yg panas skit. Doc tu observe so EL lah mummy alya ni dua hari.

Kesian jugak walaupun dia tak teruk tapi 3 hari tak makan tak minum susu pun taknak . Malam malam bangun menangis kata sakit. Huwaaaa nak menangis mak dia ni...
Lepas 3 hari ok dah terus makan byk. So nak tau mana sebenarnya penyakit ni datang? Sah sah mmg dari si ajiq tu and dia dapat kat ZOOOOOOOO!!!!!!!!! Sbb dah call tadika dia tak der sorang pun kena. ANd seminggu before that dia ada pegi zoo dgn rombongan tadika dia. It takes about a week for the virus to come up and means that sebelum diorang ni semua demam 1 week before that virus tu dah ada dalam badan.

So kaedahnya mak tak nak pegi zoo and seangkatan dengannya termasuklah taman burung ke rama rama ker . Daddy dia yg nak sangat bawak alya ke zoo. Kecuali>aquaria dibenarkan. Sbb binatang tu dalam aquarium to tak adalah kuman kuman tu. Apa pun bersyukur la jugak <<<<

Thursday, July 08, 2010

Jalan Lagi

Ni masa singgah kat cherating picnic makan tak ingat punya. Budak gemuk aka ammar ngan cousin dia.
Ni alya aka mak bedah ngan cousin dia pulak.


Ni Atuk ngan wan naik keter kitorang. Sunglass tu mummy punya ek mak bedah tu perasan jer dia punya......

Ni mummy and ammar dalam keter pun boleh posing lagi . Nasib baik ler aku dah kurus wei....



Ni pool dia. Besar jugak kat tepi pool tu ada pondok pondok jacuzzi jugak.




Ni bahagian depan room dalam pagar tu garden dia. Keluar jer terus boleh gi pool atau beach.






Ni room yg bawah sekali kira masterlah sebab sebelah jer dengan jacuzzi tu.





Kali ni Awana Kijal pulak. Actually dah 2 kali dah pegi awana ni tapi benda free beb sapa tak nak. Room telah di sponsor so apalagi jalanlah. Yg kitorang suka sangat awana ni sbb apa tau bilik dia semua macam bilik hotel biasa tapi yg kitorang dapat ni is a Duplex suite. Wahhh anda dapat bayang kan ituh? Room dia 2 tingkat atas bawah ada bilik , bilik air sahaja ada 4 okeh, tempat masak ada peti ais ada segala bagai ada macam kat rumah. Garden pun ada sebab yg duplex ni mesti paling bawah and tingkat atas dia tingkat dualah. Lagi satu siap ada jakuzzi kat garden tu. Diorang semua baik tua baik muda berlumba lumba nak masuk jakuzzi.

Seperti biasalah kalau gi Ganu kitorang mmg borong ikan kat kemaman. Ikan kat sana besar besar dan murah. Pehhh wan si alya beli ikan punyalah byk sampai penuh satu tong. Lobster kitorang mestilah ada kan tapi kali ni cuma dapat 4 sahaja . AKu rasa abg tu pun tak mau jual byk byk kat kitorang ni >>> rugi beb sbb murah giler dia jual kat kitorang. Sebelum sampai awana sempat singgah cherating wahh tempat nostalgia tu. Cuma aku dan kawaan kawan se itm ku sahaja tau sejarah cherating tu . He he he >grin<. Alya paling suka main ajerlah dia jumpa kawan kawan sebaya dia. Ammar pulak first time nak swimming baru beli swimming trunk tapi baru jer dia nak lepak tepi pool tu ala ala starting berkenalan denga pool dah hujan pulak. Terus naik tak jadi mandi. Ko mandi pool bathtub ajer sudah ammar.....

Tengok gambar jerlah malas lak nak bebel...