Tuesday, May 11, 2010

Mixed Feelings

Hari ni masuk minggu ke dua dah naik keje lepas si ammar kecik tu lahir. Hari hari pegi kerja dgn hati yg sangat la berat, susah hati dan sedih. Setiap kali ada anak kecik macam nilah perasaan mummy dia. Camnolah nak buat ni. Kerja pun tak boleh concentrate asyik teringat yg kecik tu jer. Dahla ammar tu bermasaalah skit jerla tak nak minum pakai botol. Minum cuma bila dia betul betul lapar je. Kesiannya.... tapi tahan la skit dari kakak dia dulu boleh posa satu hari mati mati tak nak minum botol. Hari hari mummy dan daddy budak berdua ni berlumba lumba dengan keter, motor basikal pun ada nak balik rumah tiap tiap hari. Buat dosa jer kitorang ni hari hari marah kenderaan lain bila ada yg lembab especially lori. Ha ha ha kelakar lak mana taknya pegi keje jumpa lori balik kerja jumpa jugak lori, dah la lembab bawak tengah tengah tu yg bikin panas. Aku nak mengejar anak aku ni.

Sampai jer umah wan dia mesti cari anak anak dulu. Daddy cari kakak and mummy cari anak yg kecik tu. Alya biasalah bila petang pulak mesti nak main so kalau mak bapak dia main lambatlah dia keluar dari gate tu. Takde orang lain boleh jaga dia selain daddy dia sebab dia tak makan saman asyik berlari jer kat tengah jalan bukan dia peduli keter ke orang ke hapa. Mmg tak boleh biar. Mak dia pun tak larat nak kejar kalau dia dah lari. Yg si adik pulak punya lah manja tak tau lah anak si amir hizam ni dua dua beradik sama kalau mak dia balik lambat jer terus tak nak minum susu. Dari hari first mak dia naik keje wan dah mengadu " Ammar start pukul 5 jer dah tak nak tido tak nak minum susu, tunggu mak dia balik" So kenalah wan dia dukung sampai mak dia balik. Pelik pulak camner ler si kecik tet tu tau mak dia kuar opis kul 5. Tu yg hari hari mak bapak diorang ni balik keje berkejar kejar macam racing keter. AKu rasa kalau jalan balik umah tu lalu litar F1 tu sure kitorang menang. Yg kesian tu kalau mummy balik lambat si ammar tu pun terpaksalah minum susu tin tu and last last tertido. Kecewa agaknya mak dan nenen mak dia tak sampai sampai. Huwaaaaaaaa

Bila dah dua anak camni rasa kesian tu lagi lah berlebih lebih . Rasa bersalah tinggalkan anak pun ada. Kalau dulu masa kakak dia bulan pertama mak dia keje nenek jaga so takderlah terkilan sangat sebab dah biasa dlm pantang nenek jaga . Ni si ammar pantang nenek jaga bulan ke 3 wan jaga. Tapi nak buat camner daddy korang takderlah kaya kalau kaya takderler mak ko ni keje at least duduk rumah setahun sampai ler baby tu besar. Mimpi kaya adaler bapak korang tu ka kah kah . Ada ke kelmarin bapak korang ni kata camner tau:

Daddy: Huish malam tadi daddy mimpi kaya ler...
Mummy: Yer ler tu ... (muka seposen time pagi nak gi keje)
Daddy: Yer mimpi kaya, siap beli keter 3 biji, bla bla bla , nak kaya agaknya
Mummy: ka kah kah kah

Alah esok nya bapak korang dapat cheque tuk payment keje dia ler. Takder ler kaya pun sampai leh beli keter. Tapi tu petanda dia nak dapat duit la kot. Kuang kuang kuang.

Berbalik pada cerita anak anak bapak dia pun dah selalu jugak cakap" Kalau daddy kaya kan mummy tak payah keje duk rumah jaga anak anak jer" huwaaaa lagi ler sedih. Amin kan ajer ler so setiap kali solat mesti doa kitorang ni murah rezeki dah apak korang kaya leh ler mak korang ni dok rumah. He he he. Sbb rasa korang ni macam tak cukup perhatian ajer. Tu mummy ler yg rasa...

Alya Humaira pulak makin lama makin ligat . Weekend lepas duduk Darby Park celebrate birthday Amsyar sepupu dia. Tak diam dia main ajer ke hulu ke hilir. Dah ler dia panjat bath tub and tergelincir dalam tu sbb tak sabar sabar nak mandi pool lastlast jatuh dalam bath tub tu. Bertelur belakang kepala dia. Nasib baik ler tak ada tanda tanda yg pelikk skit cam muntah ke jadi pasif ke kalau tak mau menangis mak dia. Dia pulak nangis sekejap jer tapi lepas tu lupa dah dpt g pool. Tapi malam tu nak tido sakit ler. Dah la mak dia susah payah beli baju kucing utk dia supaya dia menang malam tu tetiba tak nak pakai lak complete set tu cuma pakai baju jer yg telinga kucing tak mau pakai. Kalau tak mesti dia menang malam tu. Dah la makan susah budak ni cam unta. Makan 3 hari pastu tak makan 4 hari. Badan pun dah macam tiang nasib baik ler dia tak melebar tapi dia tetap meninggi jugak. Pagi tadi sempat jugak masakkan kan dia macaroni with bolognaise sauce tapi tak tau ler dia makan tak. Kadang kadang mak dia masak susah susah dia tak makan last last orang lain yg makan. Dah le mak ko ni bangun pagi pagi semata mata nak masak tuk dia last last dia tak makan. Tak tauler nak budak camner pompuan sorang ni...

No comments: