Monday, April 27, 2009

Shopping at One Utama -

Fuhh semalam we went to One Utama to jalan jalan actually. Since dah lama tak bawak alya to shopping complex. Taulah one utama ni kan besar so kitorang jarang pegi and once pegi mesti sesat nak balik cari parking. Tetiba kitorang teringat nak carikan sandal for Alya . So cari cari cari masuklah baby gap, osh kosh ntah apa apa lagila kedai sbb floor tu semuanya utk baby and kids. Mula Mula masuk kedai Baby Gap and berkenan satu sandal but we all keluar balik nak tgk kedai lain pulak. Masuk Osh Kosh mmg lawa la sandal tu ingat nak beli tak jadi. Suddenly je tgh jalan jalan lalu satu kedai ni Gaagoo Kids nampak baju gown lawa sangat colourful. Tapi bila tgk harga wow satu 89.90 satu lagi 109.00 . Kitorang keluar tak jauh dari kedai tu " Mummy baju tu lawa lah boleh beli tak jumpa tempat lain. Mummy pun kata " ha ah la kita pusing balik la". Bila dah try baju tu tgk tgk satu je yg muat. Harga dia mak oiii RM109 huwaaaa mummy pun dah lama tak beli baju mahal camtu. Huhuhu....... . Grab jugak satu legging utk dia for 20 ringgit after 50% discount.

Then we all keluar dari kedai tu terus pegi baby gap. Cari cari sandal berkenan satu sandal yg colourful ni. Harga dia you menangis jugak ni RM129 huwaaaaaaaa. Harga ni dapat satu baju Zara ni wei. Belilah jugak . Terus pakaikan dia sandal tu . Bila jalan 3 langkah je sandal tu tercabut terus kedepan. Kelakar pun ada. So kitorang pun pegilah tukar. Cari punya cari sampai semua kasut ngan sandal dah kitorang try takde satu pun design yg betul betul grip kat kaki dia. Dahla bila nak try jer dia meronta ronta siap lari lari lagi macam nak kena makan ubat. Penat mummy and daddy. Lastly tak dapatlah sandal colourful , amik sandal warnah silver and because the price is 119 so amik la satu stocking harga 15. Disebabkan dah penat sangat asyik melayan kerenah dia and dia pulak tak nak duduk kat stroller kitorang terpaksalah balik. Tak taulah kenapa alya tak nak duduk diam every time keluar. Itu yg membuatkan tambah penat kot. Mugkin jugak disebabkan masa alya dalam perut mummy dia tak henti henti jalan. Every time pegi makan pun dia tak nak duduk kat chair berbeza dgn budak lain yg sebaya dengan dia mesti duduk diam and makan.

on the way balik rumah we all singgah kat Ani Sup Utara utk makan. Again alya tak nak duduk jugak. So makan cepat cepat and balik. Malam tu alya tido asyik nangis jer sbb penat and pagi ni on the way pegi umah wan pun dia still tido lagi. Sampai umah wan baru dia bangun. Penat sangat la tu....

No comments: