Wednesday, July 20, 2011

Kisah Alya Humaira

Ohh lupa kan nak bagitau...Alya Humaira tu dah start mengaji dah...umur baru 3 1/2 tahun kitorang dah hantar mengaji .....kejam tak kitorang ni?..hehehehhe...tapi kitorang tgk dia macam suka jer...lagipun saja jer bagi dia belajar mengaji slow slow la..... duduk kat kl ni kalau tak ajar anak anak ilmu agama ...tak tauler jadi apa anak anak...a very challenging environment ...

Oklah sekarang pun dia dah mengaji almost one month..tapi aku nak cerita...satu hari tu dia balik dari mengaji ......daddy dia amik ni .......sampai jer rumah ....
"ha cuba cakap ngan mummy apa alya buat hari ni" aku masa tu tengah lipat baju buat tak tau jerlah ..tapi dalam hati nak tau jugak...lepas dia tukar baju itulah inilah dia takut buat salah lepas aku cakap "ha kalau tak nak bagitau mummy lepas ni jgn mengaji lagi" dia pun "ok ok ok " muka bengang jer. Last last tak cakap jugak daddy dia yg cakap..............korang nak tau dia cakap apa?

"Tau tak mummy anak ni kat tempat opah mengaji tadi dia melawan cakap tok opah, tok opah tu ajar alif ba ta dia kata salah, lepas tu dia marah tok opah dia kata salah, lepas tu dia korek tikar tok opah, lepas tu tok opah marah dia dia kena ngaji last sekali " hahahahhahaha.....aduh anak anak......ingatkan ko ngan org luar takut rupa rupanya dia tunjuk dah belang dia........dia ni mmg suka menjerit tapi kalau ngan mummy dia time angin aku baik aku buat tak tau la... kalau mood aku tak baik mmg kenalah ngan mummy dia ni.....

Apalagi kena panggil lah dia ngan mem besar rumah tu....aku pun cakap lah
"kakak kenapa kakak buat camtu ngna tok opah, tak baik tau, tok opah kan cikgu mestilah dengan cakap tok opah kalau kakak nak pandai ngaji"
"lepas ni kakak tak payah ngaji lagilah"
"ala alya nak ngaji" buat muka sedih dia tu
"janji tak buat lagi camtu tau" dia pun angguk buat muka sedih
"kalau kakak buat lagi mummy tak nak hantar ngaji lagi"
"mummy, alya minta maaf" wah pandai pulak dia mintak maaf buat muka kesian lagi
"eh apa plak mintak maaf ngan mummy , ngan tok opah la"
"lain kali buat mummy surh tok opah rotan dia " ha ha ha tak abis lagi dah mummy ni

Heran aku nanti tahun depan masuk tadika pulak tak tau ler aku camner.....alya..alya...

No comments: