Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, July 30, 2010

Monday, July 26, 2010

Update Sket******

Hari ni kita citer update lah yer
Tapi paling byk nak di update adalah Alya Humaira!!!!
* Dia dah semakin byk cakap !!!!
* Dah tak sabar sabar nak pegi school
* Sekarang ni tv dah di conquer oleh dia. Hari hari balik jer mesti nak tgk cartoon, geng bas sekolah, belalang etc. Cerita favorite dia yg dulu di bawah ketiak isteri dah tak pandang dah.
* Dah boleh di bawak melawat tempat tempat menarik. Baru jer lepas visit aquaria yeyyy!
* Skang ni hari hari mesti mau tido depan tv dulu macam daddy dia jugak. Lepas tu mummy dia jugak kena kejut 2 beranak tu masuk bilik. 2 kali kejut kalau tak masuk bilik gak aku biar je 2 beranak tido kat living hall tu wahhh ha ha. Dah macam anak terbiar pulak. Biarler dia kan anak daddy. Mummy tido dgn aman bersama ammar hehehhehe.
* Bila keluar rumah mesti nak pakai pitik (lipstick ), comel lah dia tu.
* Dia dah rindu dgn nenek dia sbb dah beberapa bulan tak jumpa asal keluar jer suh amik nenek.
Cerita Ammar Pulak
*Esok dia dah masuk 5 bulan. Cepat kan? Tapi tak pandai lagi meniarap. Sah ler malas budak gemuk ni.
* Dah pandai nak main dah. Tak nak duk dalam cot dah***tension***
* Berat dah 7.5 kg dah

Hoh bab mummy ngan daddy dia pulak . Daddy skang jaga anak besar aka alya humaira. Skang ni mandi ngan daddy, makan ngan daddy , jalan jalan pun dengan daddy. Mummy cuma jaga ammar sajer yo. Mummy rasa sangat comel sbb daddy boleh uruskan alya cuma ammar jer dia tak berani nak pegang sangat. Kalau alya nangis pun daddy yg pujuk mummy tak payah susah susah. Lega sungguh mummy bila alya serakkan rumah daddy yg kemas malam malam buta hehhehe. Lagi satu daddy dah pandai beli diapers ngna susu anak anak tanpa mummy. Barang barang rumah pun sama jugak. SUngguh terharu seh *sob* *sob*. Kalau mummy tak ada boleh lah daddy jaga anak anak yer (cerita sedey la pulak). So walaupun pak amir ngan haku ni tak kaya asal cukup makan pakai sudah. Yg penting bahagia.....

Friday, July 23, 2010

HFM

Arrghhhh tau apa makna atas tu? Penyakit yg di takuti di kalangan kanak kanak
Unfortunately anak haku lak boleh kena? Rasa nak marah pun ada. Masaalahnya sapa yg bawk penyakit tu. ALya tu dah la 24 jam duduk rumah wan dia ajer kawan pun tak de tadika pun tak sah sah ler bukan dia pembawanya. Mula mula dia mengadu lidah dia sakit terus mummy dia ni rasa bersalah takut masa gosokkan gigi dia terkuat gosok lidah dia. Tapi esoknya dia demam panas pulak and Amir pulak cakap sepupu dia yg dah tadika tu pun ada ulcer gak dalam mulut.

Sekali tgk alya punya lidah kat belah bawah tu mmg ada ulcer merah merah. Aduhhh aku dah tak sedap hati dah ni. Dah terpikir dah penyakit tu. Damn. Tapi buat buat tak tau jerlah padahal aku ni musykil gak alya kalau nak demam pun tak pernah sakit mulut dulu. Lepas tu hari sabtu bawak la dia pegi klinik doctor kata mungkin panas kot so mulut dia pecah pecah. Kitorang tanya jugak kat doc tu mungkin HFM ker? Doc kata tak kalau penyakit tu ada gelembung/bintik bintik kat tangan ngan kaki dia. Balik rumah lak father in law call kata ajiq tu dah confirm kena . SHittt!!!!!!!!!. By the way alya ni mmg suka sangat dgn sepupu dia ni yg sorang makan sama minum sama semua nak kongsi okehhhhhh!!!!!!!!@@@@@@
Geram ada gak tak pasal pasal anak aku kena. Lepas tu cepat cepat tgk kaki ngan tangan alya mmg ada bintik kecik satu kat jari lepas tu tapak kaki ada dalam 5 bintik. Ah tak kiralah aku belek anak aku. Geram ni geram!!! Memandangkan aku ni terlebih paranoid terus jer call doc tu. Nasib baik la doc tu mmg dah kenal lama dgn family amir so apa apa mmg refer kat dia jer. 2 kali mak tepon doc tu tanya macam macam boleh jangkit tak kat adik, apa nak buat semua nasib baik dia tak mintak consultation fees hhehehe. MMg ler leh jangkit kat adik sbb dia ni macam chic pox jugak. Nasib baik doc kata dia ada stage stage nyer means from mild to worst. Nasib baik la alya jenis yg mild cuma demam jer yg panas skit. Doc tu observe so EL lah mummy alya ni dua hari.

Kesian jugak walaupun dia tak teruk tapi 3 hari tak makan tak minum susu pun taknak . Malam malam bangun menangis kata sakit. Huwaaaa nak menangis mak dia ni...
Lepas 3 hari ok dah terus makan byk. So nak tau mana sebenarnya penyakit ni datang? Sah sah mmg dari si ajiq tu and dia dapat kat ZOOOOOOOO!!!!!!!!! Sbb dah call tadika dia tak der sorang pun kena. ANd seminggu before that dia ada pegi zoo dgn rombongan tadika dia. It takes about a week for the virus to come up and means that sebelum diorang ni semua demam 1 week before that virus tu dah ada dalam badan.

So kaedahnya mak tak nak pegi zoo and seangkatan dengannya termasuklah taman burung ke rama rama ker . Daddy dia yg nak sangat bawak alya ke zoo. Kecuali>aquaria dibenarkan. Sbb binatang tu dalam aquarium to tak adalah kuman kuman tu. Apa pun bersyukur la jugak <<<<

Thursday, July 08, 2010

Jalan Lagi

Ni masa singgah kat cherating picnic makan tak ingat punya. Budak gemuk aka ammar ngan cousin dia.
Ni alya aka mak bedah ngan cousin dia pulak.


Ni Atuk ngan wan naik keter kitorang. Sunglass tu mummy punya ek mak bedah tu perasan jer dia punya......

Ni mummy and ammar dalam keter pun boleh posing lagi . Nasib baik ler aku dah kurus wei....



Ni pool dia. Besar jugak kat tepi pool tu ada pondok pondok jacuzzi jugak.




Ni bahagian depan room dalam pagar tu garden dia. Keluar jer terus boleh gi pool atau beach.






Ni room yg bawah sekali kira masterlah sebab sebelah jer dengan jacuzzi tu.





Kali ni Awana Kijal pulak. Actually dah 2 kali dah pegi awana ni tapi benda free beb sapa tak nak. Room telah di sponsor so apalagi jalanlah. Yg kitorang suka sangat awana ni sbb apa tau bilik dia semua macam bilik hotel biasa tapi yg kitorang dapat ni is a Duplex suite. Wahhh anda dapat bayang kan ituh? Room dia 2 tingkat atas bawah ada bilik , bilik air sahaja ada 4 okeh, tempat masak ada peti ais ada segala bagai ada macam kat rumah. Garden pun ada sebab yg duplex ni mesti paling bawah and tingkat atas dia tingkat dualah. Lagi satu siap ada jakuzzi kat garden tu. Diorang semua baik tua baik muda berlumba lumba nak masuk jakuzzi.

Seperti biasalah kalau gi Ganu kitorang mmg borong ikan kat kemaman. Ikan kat sana besar besar dan murah. Pehhh wan si alya beli ikan punyalah byk sampai penuh satu tong. Lobster kitorang mestilah ada kan tapi kali ni cuma dapat 4 sahaja . AKu rasa abg tu pun tak mau jual byk byk kat kitorang ni >>> rugi beb sbb murah giler dia jual kat kitorang. Sebelum sampai awana sempat singgah cherating wahh tempat nostalgia tu. Cuma aku dan kawaan kawan se itm ku sahaja tau sejarah cherating tu . He he he >grin<. Alya paling suka main ajerlah dia jumpa kawan kawan sebaya dia. Ammar pulak first time nak swimming baru beli swimming trunk tapi baru jer dia nak lepak tepi pool tu ala ala starting berkenalan denga pool dah hujan pulak. Terus naik tak jadi mandi. Ko mandi pool bathtub ajer sudah ammar.....

Tengok gambar jerlah malas lak nak bebel...














Tuesday, June 29, 2010

Kids in this Era

Semalam ada cerita hot kat rumah wan.
Haiqal dapat no. 33 exam setengah tahun ni. What???!!!! kitorang was like stunned.
How can it be like that la, this la that la semua orang heran
Nak kata tak belajar ada la nampak dia belajar hari hari buat home work tapi camner leh jadi camtu?
Haiqal ni his teacher said that he is clever but terlalu byk nak main.
SO dia hilang tumpuan masa belajar
masa exam dia dulu siap pastu terus keluar nak main
Kalau haiqal no 33 point dia pun 400++ jugak per 500 so berapa point budak yg dapat no 1 tu?
Haiqal ni kat kelas no satu
Nak tau berapa budak perempuan ituh? Yg dapat no 1 tuh ? 498/500
Huiyooooooooo!!!!!!
Macam mana tu missed 2 points ajer?
Menangis mak dengar nyah. Boleh ke Alya buat camtu? Dia pun kuat main gak .Buat masa sekarang nilah.

So kesimpulannya didik lah anak tu baik baik. Nowadays budak pandai pandai.
If you cannot compete with the rest jadilah orang yg paling belakang
So sekarang ni persoalannya mana aku nak hantar alya gi tadika next yer?
Next year dia 5 tahun dah. Montessori kat Bkt indah tu ? Smart learning tu ?
Tadika yg ada pool tu? Daddy macam tak nak jer dia kat jauh
Sat lagi alya hari hari nak mandi pool tu.....

Ammar is Now 4 months

yeyyy Ammar now dah 4 bulan. Punyalah cepat time flies kan? tak sedar dah nak dekat setengah tahun dah budak tu. Rasanya baru terbayang lepas bersalin kat naluri tu yg susah
sangat nak kuar budak gemuk tu. Tiba tiba semalam dah 4 bulan.
Development dia pun dah nampak dah tetiba skang tak payah di agah dia dah boleh ketawa sendiri, bangun jer tido dah main sendiri kalau tak dulu bukak jer mata terus jadi speaker.
Dah pandai tengok tengok dah kalau naik kereta kena dukung kat bahu jadi dia nampak benda benda bergerak kalau baringkan memang ler dia nangis.
Mandi pulak dah pandai main air dah la dia gemuk penuh dah satu bath tub tu
pastu suka plak main air dengan kaki dia. Kalau dia mandi tak basah lantai tu memang tak sah
dengan mummy mummy dia sekali basah.
Susu pulak lagilah pandai dulu tak nak susu tin skang ni dua dua dia minum.
Minum banyak pulak tu . Mmg lah dia tu perut buncit.
Main pulak mmg faveret dia tapi tak nak main sendiri nak orang layan dia.

Apa pun budak gemuk tu mmg good boy!

Monday, June 21, 2010

One here & One there

Luckily I only have two children right now! Kalau tak tak taulah nak letak mana yg selebihnya.

Hari ni Wan mereka mereka tu semua tak ada balik kampung sebab tuk sakit.
SO mummy cannot take leave and Ammar has to sit with Mak Ngah. Alya pulak kena duduk ngan Rahmi.

How I wish I have time for my own children. Too bad lah kiddies mummy cannot take care of you two today. Normally kalau wan tak ada mummy will take leave tapi minggu lepas baru jer cuti gi tioman itu hari.

Takper mummy balik cepat hari ni okey? Muahhhhh I love both of you

Tuesday, June 15, 2010

Tioman Yo!


































Weekend lepas kami kami di Tioman. Plan yg sudah di rancang berbulan lepas sejak ammar masih dalam pantang lagi yer..







So berduyun duyunlah kitorang ni gerak dari KL singgah ke Serting dulu sebab bertolak dari Serting ke Tg Gemok. Tak naik kat Mersing sbb kata Abg Khalil -anak-mak long Mersing adalah jetty yg tersangat sesak.





Bertolak dari Serting pukul 12.30 tgh malam macam burung hantu la pulak. Mak tido ajer yer nyah sbb tak larat dari balik kerja terkejar kejar balik umah amik beg-pegi umah ibu-ke serting-then baru bertolak. Sampai jetty Tg. Gemok pukul berapa anda anda semua nak tau? Pukul 3.30 pagi! Hampeh diorang ni tak budget time ke? Aku dah la kena dukung si ammar gemok tu selama 6 jam tau tak rasa cam nak patah dua tulang bontot ituh...





Naik feri pulak pukul 7 pagi and 2 jam pulak dalam tu. Sampai je kat chalet semua keletihan and tido sampai la nak makan tengah hari. Makan tengah hari tak rasa cam duk dalam pulau pun makan cam biasa jer. Lepas makan pukul 4 mandi laut la pulak sambil ala ala snorkeling dapatlah tgk ikan ikan kecik tu kat dasar laut. Flowerhorn pun ada jugak? Ingat nak bawak ammar mandi pulak lepas tu tapi hujan la pulak..





Malam tu pulak daddy Alya Humaira pegi memancing kat jetty jer. Gua pun gagah la teman konon bagi semangat kot kot dapat kerapu ke apa apa lah yg boleh dimakan hampeh satu pun tak dapat. Last last balik bawak pancing kosong jer. Malamnya si budak gemuk aka ammar demam pulak. Ah sudah tak tido lah pulak mummy dia dok asyik lap dia dgn tuala basah jer . Risau jugak dahla tengah tengah pulau demam pulak mana aku nak cari klinik. Kesian dia asyik menangis jer . Pagi tu schedule tuk snorkeling dah dirancang mak mentua dah sound "nak pegi , pegila biar ibu jaga ammar" terima kasih yer cik shukirah mak mentua haku yg sporting tu. Snorkeling tu sebetulnya dah masuk dalam pakej utk semua orang tapi dia kata itu bukan hati dia tak minat. AKu tau dia suka shopping jer selam selam ni mana dia minat. Tgk ikan konon hari hari keje dia dok ngadap ikan jer masakkan utk kitorang pehal lak cuti cuti camni pun nak tgk ikan gak. Haru....






Kitorang pun naiklah speedboat tu yg memang dah ditempah khas utk kitorang kitorang ajer yer. Abg khalil tu dah arrange semua utk kitorang. Si Alya pun kenalah ikut kalau tak dia tu mau terjun pantai budak kecik tu bukan boleh percaya dia tu umpama singa yg lepas kandang terus je lari kalau bukak pintu. Nasib baik ada life jacket kecik muatlah utk dia tapi dia takut kalau snorkeling tempat dalam tu mautaknya dalam berapa kaki aku pun naik seram walaupun ada life jacket. Snorkel skit jer pastu naik dah. Bagi ikan makan dari dalam boat sudah...





Ada ler lebih kurang 3 tempat kitorang g and almost 5 jam. Badan semua jgn cakap ler muka jer putih kaki semua belang belang especially alya. Excited sungguh bila nampak jer pulau yg ada pantai terus berenang tak naik naik. Satu benda guek kagum adalah abg khalil tu taulah dia tu orang tioman and mmglah orang laut/pulau tapi kitorang semua pakai life jacket dia boleh snorkeling tanpa life jacket selamba jer. Aku ada life jacket ni pun takut. Katanya boleh tahan tengah laut tanpa life jacket/makanan/minuman selama 3 hari. Die.....





Dia sempat menyelam kat dasar tu lagi amik kerang besar cam gergasi bawak naik bot. Giler... nak masak katanya sampai umah maklong. Phewww...





Habis jer terus berkejar balik teringatkan budak gemuk tu. Nasib baik la dia ok tapi muka masam yer. Marah la tu mummy dia tinggalkan. Malam tu makan BBQ tapi tetap tak puas hati gak sbb Alya tak duduk diam. Asyik nak berlari usik sana usik sini. Aku bukan apa takut dia jatuh ke hilang ke dia tu bukan takut orang.





Esoknya disebabkan penat kitorang 4 beranak ni tak bgn pagi. Nak balik dah ni feri pukul 9. Last last breakfast pun tak sempat kemas kemas terus balik. Feri dah menunggu dah. Sampai kat jety tg. gemuk diorang cari ikan la pulak. Beli ikan ntah apa apa sampai satu kotak . Dapat murah yo sbb yg jual ikan tu sedara abg khalil. Diorang apa lagi beli ikan macam tak pernah nampak ikan. Balik singgah jugak rumah mak long and Alya round satu kampung cam tu rumah dia. Dia tak peduli la kambing ke itik ke semua dia ronda. Alahai budak ni....





Sekian percutian 3 hari 2 malam tioman. Next destination percutian adalah Awana Kijal , Paka.





Whattt????!!!! Beach again????!!!! Tapi tu lagi 2 minggu daaaaa





Wassalamu.........









Wednesday, May 19, 2010

Bukit Tinggi








Last weekend we all pegi Bukit Tinggi. Dah lama jugak tak pegi sana so since saja je nak lepak lepak makan and nak rasa sejuk. Anak anak siap pakaikan baju tebal lagi especially Alya. Sampai sana ingatkan sejuk rupa rupanya panas jugak macam KL. Hampeh.

Last last sampai kat Japanese Garden tu terus tukarkan Alya skirt pendek. Terus jadi seksi anak mak gitu.

Thursday, May 13, 2010

I'm crying again - In memories to all the Kupu Kupu Syurga


I'm crying again. Why? Bukan sebab gaduh, bukan sebab alya & ammar mereka itu semuanya sihat belaka. Tapi because of this site viruspadu.fotopages.com


Tak taulah macam mana boleh terpegi ke blog ituh tapi the contents yg ku baca itu pada hati seorang ibu yg telah melalui pengalaman sama cerita itu sangatlah menyedihkan. Seorang baby girl yg cuma mampu hidup selama 150 dan dapat pulang ke rumah selama 2 hari setelah dilahirkan dah selebihnya di hospital. Selama hayatnya penuh dengan ubat, wayar yg berselirat, kesakitan dan perasaan yg entah macam mana, tak dapat di dakap ibunya malah disusui oleh ibunya. Sungguh tak sanggup tengok anak sekecil itu menanggung derita sebegitu. Dia pergi di hening subuh dalam dakapan ibunya dan sempat melemparkan senyuman sebelum dia pergi selama lamanya.


Aku yg membaca ni meleleh leleh air mata. Sedih juga sebab terkenangkan the twin. Tapi twin tu pergi juga dengan sangat cepat. Aku langsung tak dapat melihat mereka, apalagi memegangnya. First twin keluar ketika aku baru check in di hospital dan di susuli 2nd twin 3 jam kemudian. Sumuanya terlalu pantas bleeding cuma dalam masa seminggu dan doc juga tidak dapat mencari punca how it happens. Mereka berdua seperti sudah bersedia utk keluar dan lahirnya mereka seperti bayi bayi yg lain sangat senang. Mereka keluar dengan sendirinya takpa paksaan. Mungkin itu sudah ketentuan Allah aku cuma sempat mengandungkan mereka selama 5 bulan dan mengenali mummynya dia dalam alam janin sahaja. Bukan di dunia yg nyata. Rasa terkilan tak dapat memegang dan menyusukan mereka. Nurse ada juga paksa supaya mummy tengok 2nd twin tapi kekuatan pada masa tu tak ada. And now i regret coz i did not see them for the first time and last time also. Aku hanya mampu menangis pada masa itu. Yg dapat tengok cuma daddy mereka , dia lah yg masuk ke bilik mayat, menyaksikan mereka di mandikan dan di kafankan. Daddy jugalah yg sempat meicum mereka utk kali pertama dan terakhir sehinggalah mereka di sembahyangkan dan akhirnya lenyap di tanah perkuburan. Mummy tidak di benarkan keluar malah tidak ada siapa yg di benarkan melawat kecuali husband selama 3 hari dia HDU Hospital Ampang. Yg masih aku ingat ialah Daddy masuk ke HDU dan terus menangis menceritakan keadaan mereka berdua yg mana seorang tangan di telinga seperti mengangkat tangan mahu sembahyang dan seorang lagi tengah seyum! Mereka seperti gembira kesakitan yg di alami ibu mereka berakhir. Ya allah perasaan seorang ibu pada masa tu mmg lah teramat amat bersalah. Aku kehilangan dua permata duniaku yg sangat berharga. Nurse pun sempat menasihatkan mungkin ada hikmah mereka pergi sekarang daripada mereka lahir dan aku sempat menjaganya tetapi akhirnya pergi jua. Berbulan bulan aku membacakan surah yassin pada mereka supaya mereka berdua tu tau mummy mereka ingat dan merindui mereka berdua. Itu lagilah sedih. AKu rasa pun macam tu juga macam mana blog yg aku baca tadi bukan saja sedih tapi ibu bapa mesti tak dapat menahan melihat anak mereka derita di hospital. Aku mmg akan menjadi sedih kalau terbaca cerita cerita macam ni sbbnya aku tau perasaaan parents yg berdepan kehilangan anak mereka. For us the miscarriage happen too fast and if its happens in another 3-4 weeks more mungkin mereka berdua dapat diselamatkan. Yg cuma dapat kulihat sekarang adalah kubur mereka.


Mungkin allah tau apa yg tersirat di sebalik kehilangan mereka berdua. Yg pastinya mereka tetap darah daging kami dan adik kepada alya humaira dan abang kepada Ammar Hurairah. Namun Allah tu maha mengetahui segalanya aku kehilangan dua anak lelaki tetapi allah juga mengurniakan kami dengan seorang anak lelaki yg comel sebagai pengganti mereka berdua. Ammar masih belum berpeluang melihat kubur arwah abang abangnya tapi satu hari nanti mummy pasti akan bawa. To my twin mummy and daddy loves you. Gambar kamu berdua ketika di dalam perut mummy menjadi tatapan mummy setiap hari di office. To parents yg kehilangan semoga tabah menghadapinya. Allah lebih mengetahui manayg terbaik utk hambanya. Cuma satu je wish that i pray to Allah that one day both of them will appears in my dream and mummy can hug and kiss both of them. LIke some people say mereka juga membesar seperti kanak kanak lain di dunia dan umur mereka sekarang ni dah setahun lebih and what differs them from us is mereka berada di alam yg indah dan penuh dengan ketenangan. Itulah dia yg di panggil KUPU KUPU SYURGA.

Tuesday, May 11, 2010

Mixed Feelings

Hari ni masuk minggu ke dua dah naik keje lepas si ammar kecik tu lahir. Hari hari pegi kerja dgn hati yg sangat la berat, susah hati dan sedih. Setiap kali ada anak kecik macam nilah perasaan mummy dia. Camnolah nak buat ni. Kerja pun tak boleh concentrate asyik teringat yg kecik tu jer. Dahla ammar tu bermasaalah skit jerla tak nak minum pakai botol. Minum cuma bila dia betul betul lapar je. Kesiannya.... tapi tahan la skit dari kakak dia dulu boleh posa satu hari mati mati tak nak minum botol. Hari hari mummy dan daddy budak berdua ni berlumba lumba dengan keter, motor basikal pun ada nak balik rumah tiap tiap hari. Buat dosa jer kitorang ni hari hari marah kenderaan lain bila ada yg lembab especially lori. Ha ha ha kelakar lak mana taknya pegi keje jumpa lori balik kerja jumpa jugak lori, dah la lembab bawak tengah tengah tu yg bikin panas. Aku nak mengejar anak aku ni.

Sampai jer umah wan dia mesti cari anak anak dulu. Daddy cari kakak and mummy cari anak yg kecik tu. Alya biasalah bila petang pulak mesti nak main so kalau mak bapak dia main lambatlah dia keluar dari gate tu. Takde orang lain boleh jaga dia selain daddy dia sebab dia tak makan saman asyik berlari jer kat tengah jalan bukan dia peduli keter ke orang ke hapa. Mmg tak boleh biar. Mak dia pun tak larat nak kejar kalau dia dah lari. Yg si adik pulak punya lah manja tak tau lah anak si amir hizam ni dua dua beradik sama kalau mak dia balik lambat jer terus tak nak minum susu. Dari hari first mak dia naik keje wan dah mengadu " Ammar start pukul 5 jer dah tak nak tido tak nak minum susu, tunggu mak dia balik" So kenalah wan dia dukung sampai mak dia balik. Pelik pulak camner ler si kecik tet tu tau mak dia kuar opis kul 5. Tu yg hari hari mak bapak diorang ni balik keje berkejar kejar macam racing keter. AKu rasa kalau jalan balik umah tu lalu litar F1 tu sure kitorang menang. Yg kesian tu kalau mummy balik lambat si ammar tu pun terpaksalah minum susu tin tu and last last tertido. Kecewa agaknya mak dan nenen mak dia tak sampai sampai. Huwaaaaaaaa

Bila dah dua anak camni rasa kesian tu lagi lah berlebih lebih . Rasa bersalah tinggalkan anak pun ada. Kalau dulu masa kakak dia bulan pertama mak dia keje nenek jaga so takderlah terkilan sangat sebab dah biasa dlm pantang nenek jaga . Ni si ammar pantang nenek jaga bulan ke 3 wan jaga. Tapi nak buat camner daddy korang takderlah kaya kalau kaya takderler mak ko ni keje at least duduk rumah setahun sampai ler baby tu besar. Mimpi kaya adaler bapak korang tu ka kah kah . Ada ke kelmarin bapak korang ni kata camner tau:

Daddy: Huish malam tadi daddy mimpi kaya ler...
Mummy: Yer ler tu ... (muka seposen time pagi nak gi keje)
Daddy: Yer mimpi kaya, siap beli keter 3 biji, bla bla bla , nak kaya agaknya
Mummy: ka kah kah kah

Alah esok nya bapak korang dapat cheque tuk payment keje dia ler. Takder ler kaya pun sampai leh beli keter. Tapi tu petanda dia nak dapat duit la kot. Kuang kuang kuang.

Berbalik pada cerita anak anak bapak dia pun dah selalu jugak cakap" Kalau daddy kaya kan mummy tak payah keje duk rumah jaga anak anak jer" huwaaaa lagi ler sedih. Amin kan ajer ler so setiap kali solat mesti doa kitorang ni murah rezeki dah apak korang kaya leh ler mak korang ni dok rumah. He he he. Sbb rasa korang ni macam tak cukup perhatian ajer. Tu mummy ler yg rasa...

Alya Humaira pulak makin lama makin ligat . Weekend lepas duduk Darby Park celebrate birthday Amsyar sepupu dia. Tak diam dia main ajer ke hulu ke hilir. Dah ler dia panjat bath tub and tergelincir dalam tu sbb tak sabar sabar nak mandi pool lastlast jatuh dalam bath tub tu. Bertelur belakang kepala dia. Nasib baik ler tak ada tanda tanda yg pelikk skit cam muntah ke jadi pasif ke kalau tak mau menangis mak dia. Dia pulak nangis sekejap jer tapi lepas tu lupa dah dpt g pool. Tapi malam tu nak tido sakit ler. Dah la mak dia susah payah beli baju kucing utk dia supaya dia menang malam tu tetiba tak nak pakai lak complete set tu cuma pakai baju jer yg telinga kucing tak mau pakai. Kalau tak mesti dia menang malam tu. Dah la makan susah budak ni cam unta. Makan 3 hari pastu tak makan 4 hari. Badan pun dah macam tiang nasib baik ler dia tak melebar tapi dia tetap meninggi jugak. Pagi tadi sempat jugak masakkan kan dia macaroni with bolognaise sauce tapi tak tau ler dia makan tak. Kadang kadang mak dia masak susah susah dia tak makan last last orang lain yg makan. Dah le mak ko ni bangun pagi pagi semata mata nak masak tuk dia last last dia tak makan. Tak tauler nak budak camner pompuan sorang ni...

Friday, May 07, 2010

Cuci Mata di Pavillion

Utk kakak Alya

Yg ni utk adik



Ni jer utk maknya? Kesian.....

Ha ha setelah sekian lama tak jejak kaki ke pavillion hari ni aku dapat jugak pegi kesana. Niat nak survey bottle warmer utk ammar tapi terbeli benda lain. Dah la bottle warmer tu mahal tu pun cam ayam punya sampai RM300 lebih . Ish benda tu bukan nya nak pakai lama kurang kurang 6-9 bulan jek. Lalu aku pun tak jadi ler amik last last beli kasut ammar, bottle susu alya dah makanan maknya ajer. Itu pun habis juga 2 jam time lunch aku last last maknya jugak tak dapat apa apa. Asyik cari baju anak jer. Tu pun dah macam nak gila dah sbb dah lama takpegi pavillion masuk parkson pusing 3 kali, masuk lagi pumpkin patch lepas tu mothercare tu pun masih tak puas hati lagi rasa cam nak duduk kat situ sampai petang.

Last last si izan tu kata dah lapar dengan berat hati aku pun beredarla. Ada hati lagi nak pegi repeat lagi tu time balik nanti kuang kuang kuang. Tu pun cuma sempat samar donut ngan roti carrot.










Tuesday, May 04, 2010

Back to Work




I'm back to work!




Selepas 2 bulan berpantang yg sungguh menyakitkan. I got a cute baby boy, Ammar. Kali ni process to deliver were much more longer than Alya Humaira. After 8 hours battling and ubat pun dah maximum but ammar ni tak boleh jugak nak keluar doc decided to do c-SECT. Walaupun aku ni anti C-Sect tapi dah budak ni tak nak jugak keluar keluar takperlah belah pun belah lah. Dah tak tahan sakit. Tepat jam 12.38 tengah malam keluarlah ammar . Rupa rupanya tali pusat dia terbelit sebab tu dia tak dapat keluar.




Lepas balik rumah 2 week tu kena pulak chicken pox. Sapa ler yg datang bawak virus tu . Ish si ammar yg baru 3 minggu tu pun kena gak. Cian dia. Alhamdulillah dia dah sihat. Soon after that my mum pulak kena. Aduhh......




Now ammar di jaga oleh wan dia. Tapi dia good boy sebab tak meragam sangat and tak banyak cekadak yg penting susu ada sudah. Semalam first dah duduk ngan wan dia dengan bangganya dia tak menyusahkan wan dia bagi susu tido , bagi susu tido tu jer. Cuma dah petang tu jer tak nak tido agak nya dah bosan lagipun dia tunggu mummy dia balik kot. Mummy dia balik jer breastfeed dia terus tido. I luv you lah ammar. Now ammar dah 5.6 kg and so clever. Hari ni tak taulah macam mana pulak.




Alya demam pulak hari ni. Malam tadi badan dia panas. Lepas bagi ubat tak lama dia tido. Lepas tu malam malam ngigau la pulak nak air. Daddy dialah teman bukak kan freezer nak pulak air hebat air vitagen. Nasib baik ler daddy dia bukan tokey 7-eleven kalo tak bagi jer tido dalam kedai tu suka hati dia lah nak minum air apa pun amik jer.


Wednesday, February 24, 2010

Last Week

Minggu ni last week kerje. Yahoo. Minggu depan boleh rehat kat umah sambil tunggu yg kat dalam perut ni keluar. Mintak mintak ler dia cepat keluar jadinya takderler wasting mummy dia punya maternity leave.

Kakak dia pun rasanya dah bosan kot tunggu adik dia tak keluar keluar. Asyik asyik dia cakap kuar bila ? kuar bila? sambil tepuk perut mak dia ni. Sakit la wei!! Ish budak ni. Alya mesti suka 2 bulan mak dia duduk rumah ada pulak nenek dia hmm makin bermaharajalelalah dia.

Monday, February 08, 2010

IKEA














































Last weekend sabtu pegi ikea . Itupun daddy Alya Humaira dgn rela hati nak pegi. Dah dekat setahun tak pegi ok. Lagipun the main reason nak beli barang barang utk decorate bilik Alya and adik. SInce she's getting bigger and nak ada adik in less than one month so dah kena ada bilik sendiri.


Jadinya belilah table and chair for her to write, highchair utk dia makan, wardrobe baru, toys etc. Barang adik pun ada jugak tapi skit jer like soft toys. Tapi itu pun tak tenang jugak nak membeli sbb dia berlari merata and takut jugak dia hilang. Last last pilih pilih mana yg penting dulu and we will come back for more.



































Tuesday, January 19, 2010

Dear My Little Angel, You come unexpectedly and you go unexpectedly. We can only see both of you a few minutes only before you were sent back to the creator. We'll be missing you and hope two of you will be a fun, loving and happy angel up there. Happy 1st birthday from Mummy and Daddy. Mummy, daddy, your sister and also your unborn brother will always miss u and remember you. Al-Fatihah.

Thursday, December 31, 2009

Today Is My Birthday
















Happy Birthday To Me! We will tiup the lilin at Tiara Beach Resort PD today and of course with all the same korumlah. No cake but jelly that looks like a cake macam mak buat agar agar masa dolu dolu yg surface dia ada bentuk jagunglah, anggurlah , skirt patung barbielah.

It is heart shaped jelly. Know why it is heart shaped > Amir Hizam yg request tu tapi yg beli nya birthday girl sendiri. Camner tu ada ke birthday aku , aku yg kena beli sendiri kek?

No picture of Alya as dia mandi swimming pool sampai naik burnt dah muka dia.








Tuesday, December 29, 2009

Alya's 2nd Birthday Part 2














































2nd part of Alya's 2nd birthday. THis time it was Barbie cake and mummy cook all the dishes. All seafood from Kemaman. And she got lots of present this year semua orang bagi present from daddy's side and mummy's side. Alhamdulillah murah rezeki my little princess. Thnaks for all the present.