I'm crying again. Why? Bukan sebab gaduh, bukan sebab alya & ammar mereka itu semuanya sihat belaka. Tapi because of this site viruspadu.fotopages.com
Tak taulah macam mana boleh terpegi ke blog ituh tapi the contents yg ku baca itu pada hati seorang ibu yg telah melalui pengalaman sama cerita itu sangatlah menyedihkan. Seorang baby girl yg cuma mampu hidup selama 150 dan dapat pulang ke rumah selama 2 hari setelah dilahirkan dah selebihnya di hospital. Selama hayatnya penuh dengan ubat, wayar yg berselirat, kesakitan dan perasaan yg entah macam mana, tak dapat di dakap ibunya malah disusui oleh ibunya. Sungguh tak sanggup tengok anak sekecil itu menanggung derita sebegitu. Dia pergi di hening subuh dalam dakapan ibunya dan sempat melemparkan senyuman sebelum dia pergi selama lamanya.
Aku yg membaca ni meleleh leleh air mata. Sedih juga sebab terkenangkan the twin. Tapi twin tu pergi juga dengan sangat cepat. Aku langsung tak dapat melihat mereka, apalagi memegangnya. First twin keluar ketika aku baru check in di hospital dan di susuli 2nd twin 3 jam kemudian. Sumuanya terlalu pantas bleeding cuma dalam masa seminggu dan doc juga tidak dapat mencari punca how it happens. Mereka berdua seperti sudah bersedia utk keluar dan lahirnya mereka seperti bayi bayi yg lain sangat senang. Mereka keluar dengan sendirinya takpa paksaan. Mungkin itu sudah ketentuan Allah aku cuma sempat mengandungkan mereka selama 5 bulan dan mengenali mummynya dia dalam alam janin sahaja. Bukan di dunia yg nyata. Rasa terkilan tak dapat memegang dan menyusukan mereka. Nurse ada juga paksa supaya mummy tengok 2nd twin tapi kekuatan pada masa tu tak ada. And now i regret coz i did not see them for the first time and last time also. Aku hanya mampu menangis pada masa itu. Yg dapat tengok cuma daddy mereka , dia lah yg masuk ke bilik mayat, menyaksikan mereka di mandikan dan di kafankan. Daddy jugalah yg sempat meicum mereka utk kali pertama dan terakhir sehinggalah mereka di sembahyangkan dan akhirnya lenyap di tanah perkuburan. Mummy tidak di benarkan keluar malah tidak ada siapa yg di benarkan melawat kecuali husband selama 3 hari dia HDU Hospital Ampang. Yg masih aku ingat ialah Daddy masuk ke HDU dan terus menangis menceritakan keadaan mereka berdua yg mana seorang tangan di telinga seperti mengangkat tangan mahu sembahyang dan seorang lagi tengah seyum! Mereka seperti gembira kesakitan yg di alami ibu mereka berakhir. Ya allah perasaan seorang ibu pada masa tu mmg lah teramat amat bersalah. Aku kehilangan dua permata duniaku yg sangat berharga. Nurse pun sempat menasihatkan mungkin ada hikmah mereka pergi sekarang daripada mereka lahir dan aku sempat menjaganya tetapi akhirnya pergi jua. Berbulan bulan aku membacakan surah yassin pada mereka supaya mereka berdua tu tau mummy mereka ingat dan merindui mereka berdua. Itu lagilah sedih. AKu rasa pun macam tu juga macam mana blog yg aku baca tadi bukan saja sedih tapi ibu bapa mesti tak dapat menahan melihat anak mereka derita di hospital. Aku mmg akan menjadi sedih kalau terbaca cerita cerita macam ni sbbnya aku tau perasaaan parents yg berdepan kehilangan anak mereka. For us the miscarriage happen too fast and if its happens in another 3-4 weeks more mungkin mereka berdua dapat diselamatkan. Yg cuma dapat kulihat sekarang adalah kubur mereka.
Mungkin allah tau apa yg tersirat di sebalik kehilangan mereka berdua. Yg pastinya mereka tetap darah daging kami dan adik kepada alya humaira dan abang kepada Ammar Hurairah. Namun Allah tu maha mengetahui segalanya aku kehilangan dua anak lelaki tetapi allah juga mengurniakan kami dengan seorang anak lelaki yg comel sebagai pengganti mereka berdua. Ammar masih belum berpeluang melihat kubur arwah abang abangnya tapi satu hari nanti mummy pasti akan bawa. To my twin mummy and daddy loves you. Gambar kamu berdua ketika di dalam perut mummy menjadi tatapan mummy setiap hari di office. To parents yg kehilangan semoga tabah menghadapinya. Allah lebih mengetahui manayg terbaik utk hambanya. Cuma satu je wish that i pray to Allah that one day both of them will appears in my dream and mummy can hug and kiss both of them. LIke some people say mereka juga membesar seperti kanak kanak lain di dunia dan umur mereka sekarang ni dah setahun lebih and what differs them from us is mereka berada di alam yg indah dan penuh dengan ketenangan. Itulah dia yg di panggil KUPU KUPU SYURGA.
No comments:
Post a Comment