Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, May 13, 2010

I'm crying again - In memories to all the Kupu Kupu Syurga


I'm crying again. Why? Bukan sebab gaduh, bukan sebab alya & ammar mereka itu semuanya sihat belaka. Tapi because of this site viruspadu.fotopages.com


Tak taulah macam mana boleh terpegi ke blog ituh tapi the contents yg ku baca itu pada hati seorang ibu yg telah melalui pengalaman sama cerita itu sangatlah menyedihkan. Seorang baby girl yg cuma mampu hidup selama 150 dan dapat pulang ke rumah selama 2 hari setelah dilahirkan dah selebihnya di hospital. Selama hayatnya penuh dengan ubat, wayar yg berselirat, kesakitan dan perasaan yg entah macam mana, tak dapat di dakap ibunya malah disusui oleh ibunya. Sungguh tak sanggup tengok anak sekecil itu menanggung derita sebegitu. Dia pergi di hening subuh dalam dakapan ibunya dan sempat melemparkan senyuman sebelum dia pergi selama lamanya.


Aku yg membaca ni meleleh leleh air mata. Sedih juga sebab terkenangkan the twin. Tapi twin tu pergi juga dengan sangat cepat. Aku langsung tak dapat melihat mereka, apalagi memegangnya. First twin keluar ketika aku baru check in di hospital dan di susuli 2nd twin 3 jam kemudian. Sumuanya terlalu pantas bleeding cuma dalam masa seminggu dan doc juga tidak dapat mencari punca how it happens. Mereka berdua seperti sudah bersedia utk keluar dan lahirnya mereka seperti bayi bayi yg lain sangat senang. Mereka keluar dengan sendirinya takpa paksaan. Mungkin itu sudah ketentuan Allah aku cuma sempat mengandungkan mereka selama 5 bulan dan mengenali mummynya dia dalam alam janin sahaja. Bukan di dunia yg nyata. Rasa terkilan tak dapat memegang dan menyusukan mereka. Nurse ada juga paksa supaya mummy tengok 2nd twin tapi kekuatan pada masa tu tak ada. And now i regret coz i did not see them for the first time and last time also. Aku hanya mampu menangis pada masa itu. Yg dapat tengok cuma daddy mereka , dia lah yg masuk ke bilik mayat, menyaksikan mereka di mandikan dan di kafankan. Daddy jugalah yg sempat meicum mereka utk kali pertama dan terakhir sehinggalah mereka di sembahyangkan dan akhirnya lenyap di tanah perkuburan. Mummy tidak di benarkan keluar malah tidak ada siapa yg di benarkan melawat kecuali husband selama 3 hari dia HDU Hospital Ampang. Yg masih aku ingat ialah Daddy masuk ke HDU dan terus menangis menceritakan keadaan mereka berdua yg mana seorang tangan di telinga seperti mengangkat tangan mahu sembahyang dan seorang lagi tengah seyum! Mereka seperti gembira kesakitan yg di alami ibu mereka berakhir. Ya allah perasaan seorang ibu pada masa tu mmg lah teramat amat bersalah. Aku kehilangan dua permata duniaku yg sangat berharga. Nurse pun sempat menasihatkan mungkin ada hikmah mereka pergi sekarang daripada mereka lahir dan aku sempat menjaganya tetapi akhirnya pergi jua. Berbulan bulan aku membacakan surah yassin pada mereka supaya mereka berdua tu tau mummy mereka ingat dan merindui mereka berdua. Itu lagilah sedih. AKu rasa pun macam tu juga macam mana blog yg aku baca tadi bukan saja sedih tapi ibu bapa mesti tak dapat menahan melihat anak mereka derita di hospital. Aku mmg akan menjadi sedih kalau terbaca cerita cerita macam ni sbbnya aku tau perasaaan parents yg berdepan kehilangan anak mereka. For us the miscarriage happen too fast and if its happens in another 3-4 weeks more mungkin mereka berdua dapat diselamatkan. Yg cuma dapat kulihat sekarang adalah kubur mereka.


Mungkin allah tau apa yg tersirat di sebalik kehilangan mereka berdua. Yg pastinya mereka tetap darah daging kami dan adik kepada alya humaira dan abang kepada Ammar Hurairah. Namun Allah tu maha mengetahui segalanya aku kehilangan dua anak lelaki tetapi allah juga mengurniakan kami dengan seorang anak lelaki yg comel sebagai pengganti mereka berdua. Ammar masih belum berpeluang melihat kubur arwah abang abangnya tapi satu hari nanti mummy pasti akan bawa. To my twin mummy and daddy loves you. Gambar kamu berdua ketika di dalam perut mummy menjadi tatapan mummy setiap hari di office. To parents yg kehilangan semoga tabah menghadapinya. Allah lebih mengetahui manayg terbaik utk hambanya. Cuma satu je wish that i pray to Allah that one day both of them will appears in my dream and mummy can hug and kiss both of them. LIke some people say mereka juga membesar seperti kanak kanak lain di dunia dan umur mereka sekarang ni dah setahun lebih and what differs them from us is mereka berada di alam yg indah dan penuh dengan ketenangan. Itulah dia yg di panggil KUPU KUPU SYURGA.

Tuesday, May 11, 2010

Mixed Feelings

Hari ni masuk minggu ke dua dah naik keje lepas si ammar kecik tu lahir. Hari hari pegi kerja dgn hati yg sangat la berat, susah hati dan sedih. Setiap kali ada anak kecik macam nilah perasaan mummy dia. Camnolah nak buat ni. Kerja pun tak boleh concentrate asyik teringat yg kecik tu jer. Dahla ammar tu bermasaalah skit jerla tak nak minum pakai botol. Minum cuma bila dia betul betul lapar je. Kesiannya.... tapi tahan la skit dari kakak dia dulu boleh posa satu hari mati mati tak nak minum botol. Hari hari mummy dan daddy budak berdua ni berlumba lumba dengan keter, motor basikal pun ada nak balik rumah tiap tiap hari. Buat dosa jer kitorang ni hari hari marah kenderaan lain bila ada yg lembab especially lori. Ha ha ha kelakar lak mana taknya pegi keje jumpa lori balik kerja jumpa jugak lori, dah la lembab bawak tengah tengah tu yg bikin panas. Aku nak mengejar anak aku ni.

Sampai jer umah wan dia mesti cari anak anak dulu. Daddy cari kakak and mummy cari anak yg kecik tu. Alya biasalah bila petang pulak mesti nak main so kalau mak bapak dia main lambatlah dia keluar dari gate tu. Takde orang lain boleh jaga dia selain daddy dia sebab dia tak makan saman asyik berlari jer kat tengah jalan bukan dia peduli keter ke orang ke hapa. Mmg tak boleh biar. Mak dia pun tak larat nak kejar kalau dia dah lari. Yg si adik pulak punya lah manja tak tau lah anak si amir hizam ni dua dua beradik sama kalau mak dia balik lambat jer terus tak nak minum susu. Dari hari first mak dia naik keje wan dah mengadu " Ammar start pukul 5 jer dah tak nak tido tak nak minum susu, tunggu mak dia balik" So kenalah wan dia dukung sampai mak dia balik. Pelik pulak camner ler si kecik tet tu tau mak dia kuar opis kul 5. Tu yg hari hari mak bapak diorang ni balik keje berkejar kejar macam racing keter. AKu rasa kalau jalan balik umah tu lalu litar F1 tu sure kitorang menang. Yg kesian tu kalau mummy balik lambat si ammar tu pun terpaksalah minum susu tin tu and last last tertido. Kecewa agaknya mak dan nenen mak dia tak sampai sampai. Huwaaaaaaaa

Bila dah dua anak camni rasa kesian tu lagi lah berlebih lebih . Rasa bersalah tinggalkan anak pun ada. Kalau dulu masa kakak dia bulan pertama mak dia keje nenek jaga so takderlah terkilan sangat sebab dah biasa dlm pantang nenek jaga . Ni si ammar pantang nenek jaga bulan ke 3 wan jaga. Tapi nak buat camner daddy korang takderlah kaya kalau kaya takderler mak ko ni keje at least duduk rumah setahun sampai ler baby tu besar. Mimpi kaya adaler bapak korang tu ka kah kah . Ada ke kelmarin bapak korang ni kata camner tau:

Daddy: Huish malam tadi daddy mimpi kaya ler...
Mummy: Yer ler tu ... (muka seposen time pagi nak gi keje)
Daddy: Yer mimpi kaya, siap beli keter 3 biji, bla bla bla , nak kaya agaknya
Mummy: ka kah kah kah

Alah esok nya bapak korang dapat cheque tuk payment keje dia ler. Takder ler kaya pun sampai leh beli keter. Tapi tu petanda dia nak dapat duit la kot. Kuang kuang kuang.

Berbalik pada cerita anak anak bapak dia pun dah selalu jugak cakap" Kalau daddy kaya kan mummy tak payah keje duk rumah jaga anak anak jer" huwaaaa lagi ler sedih. Amin kan ajer ler so setiap kali solat mesti doa kitorang ni murah rezeki dah apak korang kaya leh ler mak korang ni dok rumah. He he he. Sbb rasa korang ni macam tak cukup perhatian ajer. Tu mummy ler yg rasa...

Alya Humaira pulak makin lama makin ligat . Weekend lepas duduk Darby Park celebrate birthday Amsyar sepupu dia. Tak diam dia main ajer ke hulu ke hilir. Dah ler dia panjat bath tub and tergelincir dalam tu sbb tak sabar sabar nak mandi pool lastlast jatuh dalam bath tub tu. Bertelur belakang kepala dia. Nasib baik ler tak ada tanda tanda yg pelikk skit cam muntah ke jadi pasif ke kalau tak mau menangis mak dia. Dia pulak nangis sekejap jer tapi lepas tu lupa dah dpt g pool. Tapi malam tu nak tido sakit ler. Dah la mak dia susah payah beli baju kucing utk dia supaya dia menang malam tu tetiba tak nak pakai lak complete set tu cuma pakai baju jer yg telinga kucing tak mau pakai. Kalau tak mesti dia menang malam tu. Dah la makan susah budak ni cam unta. Makan 3 hari pastu tak makan 4 hari. Badan pun dah macam tiang nasib baik ler dia tak melebar tapi dia tetap meninggi jugak. Pagi tadi sempat jugak masakkan kan dia macaroni with bolognaise sauce tapi tak tau ler dia makan tak. Kadang kadang mak dia masak susah susah dia tak makan last last orang lain yg makan. Dah le mak ko ni bangun pagi pagi semata mata nak masak tuk dia last last dia tak makan. Tak tauler nak budak camner pompuan sorang ni...

Friday, May 07, 2010

Cuci Mata di Pavillion

Utk kakak Alya

Yg ni utk adik



Ni jer utk maknya? Kesian.....

Ha ha setelah sekian lama tak jejak kaki ke pavillion hari ni aku dapat jugak pegi kesana. Niat nak survey bottle warmer utk ammar tapi terbeli benda lain. Dah la bottle warmer tu mahal tu pun cam ayam punya sampai RM300 lebih . Ish benda tu bukan nya nak pakai lama kurang kurang 6-9 bulan jek. Lalu aku pun tak jadi ler amik last last beli kasut ammar, bottle susu alya dah makanan maknya ajer. Itu pun habis juga 2 jam time lunch aku last last maknya jugak tak dapat apa apa. Asyik cari baju anak jer. Tu pun dah macam nak gila dah sbb dah lama takpegi pavillion masuk parkson pusing 3 kali, masuk lagi pumpkin patch lepas tu mothercare tu pun masih tak puas hati lagi rasa cam nak duduk kat situ sampai petang.

Last last si izan tu kata dah lapar dengan berat hati aku pun beredarla. Ada hati lagi nak pegi repeat lagi tu time balik nanti kuang kuang kuang. Tu pun cuma sempat samar donut ngan roti carrot.










Tuesday, May 04, 2010

Back to Work




I'm back to work!




Selepas 2 bulan berpantang yg sungguh menyakitkan. I got a cute baby boy, Ammar. Kali ni process to deliver were much more longer than Alya Humaira. After 8 hours battling and ubat pun dah maximum but ammar ni tak boleh jugak nak keluar doc decided to do c-SECT. Walaupun aku ni anti C-Sect tapi dah budak ni tak nak jugak keluar keluar takperlah belah pun belah lah. Dah tak tahan sakit. Tepat jam 12.38 tengah malam keluarlah ammar . Rupa rupanya tali pusat dia terbelit sebab tu dia tak dapat keluar.




Lepas balik rumah 2 week tu kena pulak chicken pox. Sapa ler yg datang bawak virus tu . Ish si ammar yg baru 3 minggu tu pun kena gak. Cian dia. Alhamdulillah dia dah sihat. Soon after that my mum pulak kena. Aduhh......




Now ammar di jaga oleh wan dia. Tapi dia good boy sebab tak meragam sangat and tak banyak cekadak yg penting susu ada sudah. Semalam first dah duduk ngan wan dia dengan bangganya dia tak menyusahkan wan dia bagi susu tido , bagi susu tido tu jer. Cuma dah petang tu jer tak nak tido agak nya dah bosan lagipun dia tunggu mummy dia balik kot. Mummy dia balik jer breastfeed dia terus tido. I luv you lah ammar. Now ammar dah 5.6 kg and so clever. Hari ni tak taulah macam mana pulak.




Alya demam pulak hari ni. Malam tadi badan dia panas. Lepas bagi ubat tak lama dia tido. Lepas tu malam malam ngigau la pulak nak air. Daddy dialah teman bukak kan freezer nak pulak air hebat air vitagen. Nasib baik ler daddy dia bukan tokey 7-eleven kalo tak bagi jer tido dalam kedai tu suka hati dia lah nak minum air apa pun amik jer.


Wednesday, February 24, 2010

Last Week

Minggu ni last week kerje. Yahoo. Minggu depan boleh rehat kat umah sambil tunggu yg kat dalam perut ni keluar. Mintak mintak ler dia cepat keluar jadinya takderler wasting mummy dia punya maternity leave.

Kakak dia pun rasanya dah bosan kot tunggu adik dia tak keluar keluar. Asyik asyik dia cakap kuar bila ? kuar bila? sambil tepuk perut mak dia ni. Sakit la wei!! Ish budak ni. Alya mesti suka 2 bulan mak dia duduk rumah ada pulak nenek dia hmm makin bermaharajalelalah dia.

Monday, February 08, 2010

IKEA














































Last weekend sabtu pegi ikea . Itupun daddy Alya Humaira dgn rela hati nak pegi. Dah dekat setahun tak pegi ok. Lagipun the main reason nak beli barang barang utk decorate bilik Alya and adik. SInce she's getting bigger and nak ada adik in less than one month so dah kena ada bilik sendiri.


Jadinya belilah table and chair for her to write, highchair utk dia makan, wardrobe baru, toys etc. Barang adik pun ada jugak tapi skit jer like soft toys. Tapi itu pun tak tenang jugak nak membeli sbb dia berlari merata and takut jugak dia hilang. Last last pilih pilih mana yg penting dulu and we will come back for more.



































Tuesday, January 19, 2010

Dear My Little Angel, You come unexpectedly and you go unexpectedly. We can only see both of you a few minutes only before you were sent back to the creator. We'll be missing you and hope two of you will be a fun, loving and happy angel up there. Happy 1st birthday from Mummy and Daddy. Mummy, daddy, your sister and also your unborn brother will always miss u and remember you. Al-Fatihah.

Thursday, December 31, 2009

Today Is My Birthday
















Happy Birthday To Me! We will tiup the lilin at Tiara Beach Resort PD today and of course with all the same korumlah. No cake but jelly that looks like a cake macam mak buat agar agar masa dolu dolu yg surface dia ada bentuk jagunglah, anggurlah , skirt patung barbielah.

It is heart shaped jelly. Know why it is heart shaped > Amir Hizam yg request tu tapi yg beli nya birthday girl sendiri. Camner tu ada ke birthday aku , aku yg kena beli sendiri kek?

No picture of Alya as dia mandi swimming pool sampai naik burnt dah muka dia.








Tuesday, December 29, 2009

Alya's 2nd Birthday Part 2














































2nd part of Alya's 2nd birthday. THis time it was Barbie cake and mummy cook all the dishes. All seafood from Kemaman. And she got lots of present this year semua orang bagi present from daddy's side and mummy's side. Alhamdulillah murah rezeki my little princess. Thnaks for all the present.

Yearly Trip to Terengganu
























































This year trip to Terengganu. My sister had a kenduri kesukuran so we took the advantage to jalan jalan around. Alya was so happy dapat pegi beach and jumpa semua cousin cousin dia. Semua ada berkumpul di Kerteh. So macam biasalah makan satar, kopok lekor, gi kemaman and jalan jalan kat KT. I managed to buy baju batik satu jer sebab kesuntukan masa. 2 days in a row we went to Kemaman and on the 2nd day we managed to buy ikan at the pelabuhan. So cheap! And mummy got lobster. Wah syoknya. Alya pulak siap sambut early birthday.

Monday, December 07, 2009

Alya Humaira Is a Big Girl Now!

Just feel like only yesterday i gave birth to her. Now she's almost 2! She will no longer be infant but toddler. She getting smart from day to day and likes to sing and talking. Whenever she wakes up from bed she will say"alan" that means to go for a walk. So another 3 weeks plus she will be celebrating her 2nd birthday and next year we have to pay kalau nak naik flight hahahah.

Mummy must be missing the days when she was still small, cannot talk, still have to dukung her , always sleep and everthing she did in infant years. Now when she can talk clearly no more cakap cakap pelat anymore, and we cannot laugh at her anymore. How time flies.......

Mummy love you so much ....

Wednesday, December 02, 2009

Daddy's Birthday













Pictures during last nite dinner at Sabak Steamboat. Happy 30th birthday to my sweetheart. So hari ni saya penat sangat sbb tido lambat malam tadi.


Cerita Hari Raya Haji dan Kejadian Sebelumnya

This year raya haji kitorang balik ke kedah.
Tapi ni nak cerita malam sebelum nya. Disebabkan Mummy still keje hari Khamis tu and Wan nak balik kampung hari rabu malam terpaksalah alya ikut wan dia.
Hari Rabu tu balik jer kerja terus ler siap siap barang dia utk dibawa ke kedah. Alya pun cam tau tau jer dia nak pegi jalan so she was so happy following me here and there utk kemas barang barang dia. So masa nak pack susu dan segala bagai barang dia tu mummy isi air dalam botol utk disejukkan and letak atas table. Dia tak sentuh pun air tu sbb excited tgk mummy dia mengemas. So bila dah siap kejut kan lah daddy dia yg tido tu suh bangun nak hantar alya gi umah wan dia. So tinggallah dia ngna daddy kat dapur sbb nak amik baju yg dah kering kat luar. Baru jer nak pakai selipar tiba tiba dengar alya menjerit. Terus ler haku pun berlari ke dapur tgk air panas tadi dah tumpah and dia tengah berlari nak dapatkan daddy dia.

So kitorang tukar baju dia lap badan and pegi kat umah wan. Kat umah wan her skin was reddish and ingatkan tak ada apa cuma nampak macam one red line kat bawah ketiak dia. Kitorang pun sedih la bye bye anak yg comel tu. THe next day daddy kata wan cakap kulit dia melecur. Oh my god. Kitorang pun tak sabar sabar nak balik kedah. Sampai jer Alor Star on Thursday tu terus tgk dia and quite teruk jugalah kulit dia. Nasib baik skit jer cuma 3 spot kat bawah ketiak but mestilah sakit kan. WE put aloe vera to soothe the skin and on Monday tu bila dah balik kl bawak dia pegi klinik. Nasib baik kata doctor no permanent scar and the current one will dissapear within 3-6 months. Legalah kitorang ni because dia kan girl.

Picture will be uploaded later.

Tuesday, November 17, 2009

Alya Humaira Demam!

Sleeping in my arm on the way to clinic


Yes, setelah sekian lama dia tak demam suddenly last friday dia demam lagi . Poor little girl...

Of course means demam jugalah kat mummy and daddy dia becoz kitorang pun tak boleh tido

She will cling to our shoulder all night long, langsung tak nak letak bawah


But beccause mummy is prengnant right now so terlepas la duty utk dukung dia tu

Daddylah of course have to dukung dia all night long

sampai sakit sakit la kaki dia

But that Sunday we went to the clinic and for the first time

she took that ubat yg masuk kat punggung tu

I hate that ubat because it can affect your child's internal organ especially liver

So since this is the first time i have to let it be

But i asked the doctor to put it half only

and then 3 hours after that she's going back to her active mode again, yahuuuuu

Mummy tak pergi class la pulak sunday tu

because i cannot bear to let her stay alone with daddy

Dia mesti cari mummy punya especially time demam camni


So takper lah mummy skip class this weekend :(

Monday, October 19, 2009

iPerintis Hari Raya Gathering




We had 0ur Hari Raya & Deepavali Gathering at Crowne Plaza last week. I just go there for makan but terlupa nak snap the picture on the foods. Since we dont have annual dinner so this dinner is aka like annual dinnerlah .....

Tuesday, October 13, 2009

Hari Raya 2009











Picture for Hari Raya 2009




Cam biasa jugalah kena mengembara dari selatan ke utara




Sangatlah penat okeh. Rasa cam raya tahun depan nak balik satu tempat jer kan




Tapi raya ni palinglah mencabar bertolak dari jb pukul 10 mlm sampai kedah pukul 10 pagi




huwaaaa rasa cam nak balik uganda . Dah berenti berkali kali tak sampai jugak cam orang nomad lah pulak. Daddy tak tahan sgt mengantuk sampai tak terkira berapa kali dah berenti tido. Sampai jer alor star terus masuk bilik zzzzzzz.........




Nasib baik alya tido jer sepanjang malam tu . Dia pun pelik bangun tido kul 8 pagi tu keter masih duk kat tempat rehat gurun lagi . Padahal nak dekat dah tu ....

Thursday, September 10, 2009

Puasa dah tinggal lagi lebih kurang seminggu jer
satu hapa pun tak beli lagi nih cuma ALya jer yg dah sopping sakan . Sukalah tu dia men'try' baju baju baru dia, jeles lak haku nih
Raya ni kuranglah sakan skit mummy ngan daddy kan sbb mummy tak sihat sangat
Alya pulak aktif seperti biasalah
Tapi dah pandai cakap skit skit macam cat, dog, ta ta, daddy, nenek, wan , eat dan ada lagi
Dah la skang ni malam malam jer dia suka po po pandai lak tu tepuk punggung cakap yak yak yak ishhh budak ni ha ha
Tapi satu jer aku geram gak budak ni dah ajar 10 juta kali dah mum-my , mum-my, mum-my
tak jugak dia ikut dia , kalau diajar tu dia main air liur ada la. ape kehalnya?
Puasa ni masak idok ler teman sbb tak mau penat kan
Makan ler kat umah parents amir heheheh jgn diorang kata aku malas udah .
Dah daddy dia yg kata tak yah masak aku yahooo la cam Alya dapaat makan Twisties ha ha ha
Tahun ni raya pun ala kadaar jer tak mau bazir bazir kang lepas raya papa kedana la pulak
Oklah nak balik dah tetiba lak daddy ajak gi sogo yahuuuuuu

Thursday, September 03, 2009